
Hujan berterusan diramal landa Pantai Timur, selatan tanah air hingga Isnin
KUALA LUMPUR, 28 Januari – Hujan lebat berterusan dijangka melanda negeri-negeri pantai timur serta selatan tanah air sehingga Isnin ini (30 Jan).
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi amaran yang dikeluarkan pada 1 tengah hari ini memaklumkan hujan lebat berterusan tahap buruk dijangka melanda Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok dan Pasir Puteh di Kelantan serta seluruh kawasan di Terengganu.
Di Pahang, kawasan diramal mengalami hujan lebat berterusan tahap buruk adalah Kuantan, Pekan dan Rompin, sementara di Johor melibatkan Segamat, Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
Sementara itu, hujan berterusan tahap waspada dijangka berlaku di Kelantan membabitkan kawasan Jeli, Tanah Merah, Machang dan Kuala Krai; Pahang di Jerantut dan Maran serta Johor (Tangkak, Muar, Batu Pahat dan Pontian).
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
MIHF’25 SASAR 100,000 PENGUNJUNG, NILAI JUALAN RM10 JUTA
AYER KEROH 19 Oktober - Melaka International Halal Festival 2025 (MIHF’25) yang berlangsung selama empat hari dan berakhir hari ini...
KOS HAJI DIUMUM 22 OKTOBER INI
TANJUNG BIDARA 18 Oktober - Kadar rasmi kos menunaikan ibadah haji bagi musim 2026 bakal diumumkan Lembaga Tabung Haji (TH)...
BALAI ISLAM KAMPUNG PULAU JADI PUSAT LATIH IMAM MUDA
TANJUNG BIDARA 18 Oktober - Balai Islam Kampung Pulau bakal menjadi pusat melatih imam-imam muda negara pada masa akan datang,...
KAMPUNG ANGKAT MABIMS: PENGHORMATAN BUAT KAMPUNG PULAU
TANJUNG BIDARA 18 Oktober - Pemilihan Kampung Pulau sebagai lokasi perintis Program Kampung Angkat Menteri-Menteri Agama Brunei Darussalam, Republik Indonesia,...
MIMBJ 2025 ANGKAT MELAKA DESTINASI SUKAN LASAK
RIM 18 Oktober - Penganjuran Melaka International Mountain Bike Jamboree (MIMBJ) 2025 berjaya meletakkan Melaka sebagai destinasi sukan lasak di...
BALAI ISLAM DIBINA DI KAMPUNG PULAU
TANJUNG BIDARA 18 Oktober - Sebuah Balai Islam akan dibina di Kampung Pulau, di sini, sekali gus bakal menjadi pusat...