
HUKUMAN ROTAN MASIH BERKUAT KUASA NAMUN TERKAWAL – EXCO
SERI NEGERI 8 Disember – Pelaksanaan hukuman rotan di sekolah masih kekal, namun berada di bawah kuasa guru besar dan pengetua.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rahmad Mariman berkata, biarpun dahulu semua guru bebas merotan pelajar tetapi kebebasan itu kadang kala menimbulkan isu apabila ibu bapa membuat aduan.
“Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memberi kuasa pelaksanaan rotan di bawah Peraturan-Peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959.
“Dalam peraturan itu, menyatakan bahawa guru besar atau pengetua boleh dari semasa ke semasa dan tertakluk kepada syarat tertentu, mewakilkan kuasa disiplin dan pelaksanaan hukuman kepada guru-guru lain.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem (BN-Duyong) pada Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Melaka Kelima Belas di sini, hari ini.
Rahmad menegaskan bahawa pelaksanaan hukum rotan masih berlaku sejak tahun 2003, namun tertakluk sepenuhnya kepada kuasa guru besar dan pengetua sekolah.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KETUA MENTERI SINGGAH SAHUR DI HENRY GURNEY, TITIP NASIHAT BUAT PENGHUNI
TELOK MAS 13 Mac - Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh terus membuktikan gagasan Melaka Sayang Rakyat (MeSRa)...
KUTIPAN SAMPAH DI MELAKA DIAWALKAN PADA MALAM RAYA
KLEBANG 13 Mac - Operasi kutipan sisa domestik di Negeri Melaka akan diawalkan bermula jam 12.30 tengah malam pada malam...
SUNGAI MELAKA JADI SAKSI ANAK MUDA KHATAM AL-QURAN
DUYONG 13 Mac - Alunan ayat suci al-Quran bergema sepanjang perjalanan menelusuri Sungai Melaka sekali gus menjadi saksi syiar Islam...
AB RAUF SANTUNI PENIAGA, PENGUNJUNG BAZAR RAMADAN PEKAN MERLIMAU
MERLIMAU 13 Mac – Suasana di Bazar Ramadan Pekan Merlimau bertambah meriah apabila Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf...
AB RAUF SAMPAIKAN BANTUAN RAMADAN KEPADA WARGA JASIN
JASIN 13 Mac – Seramai 150 penerima dalam kalangan asnaf, Orang Kurang Upaya (OKU), mualaf, anak-anak yatim serta ibu atau...
JIRAN PEMURAH JENTIK HATI CEF AMANN TEOH PELUK ISLAM
BANDARAYA MELAKA 12 Mac - Sifat pemurah jiran Muslim dari Lubnan yang tidak pernah lokek bersedekah walaupun hidup sederhana menjadi...
