
Ibu bapa boleh tidak hantar anak ke sekolah jika bimbangkan ancaman COVID-19
KUALA LUMPUR, 12 Sept – Ibu bapa atau penjaga diberi pilihan untuk tidak menghantar anak ke sekolah meskipun sesi bersemuka sekolah bermula pada 3 Oktober ini.
Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin, berkata ketidakhadiran pelajar tidak akan dianggap sebagai satu kesalahan disiplin tetapi ibu bapa perlu menulis surat kepada sekolah mengenai perkara itu.
Katanya, tidak akan ada surat amaran akan diberikan, tetapi ibu bapa hanya perlu menjelaskan mengenai ketidakhadiran itu.
“Perkara itu akan diguna pakai hingga penghujung sesi persekolahan tahun ini,” katanya dalam sidang media, di sini, hari ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
GELANGGANG BOLA JARING DINAIK TARAF, PERKASA SUKAN KOMUNITI KAMPUNG GADEK
GADEK 3 Februari - Penduduk Kampung Gadek kini boleh menikmati aktiviti sukan dengan lebih selesa apabila gelanggang bola jaring di...
KEMATIAN AKIBAT KEBAKARAN DI MELAKA MENINGKAT
BUKIT KATIL 3 Februari – Tahap kesedaran masyarakat mengenai keselamatan kebakaran di Melaka terus menjadi perhatian apabila statistik tahun 2025...
MELAKA NYATA KESEDIAAN ANJUR HARI TVET NEGARA 2026
AYER KEROH 3 Februari – Melaka menyatakan kesediaan untuk sekali lagi menjadi tuan rumah Sambutan Hari Pendidikan dan Latihan Teknikal...
DUA SIRI ‘HEBAT’, 92.7 PERATUS ADUAN DISELESAIKAN
AYER KEROH 3 Februari - Sepanjang dua siri berlangsungnya Hari Majlis Mesyuarat Negeri (EXCO) Bersama Rakyat (HEBAT) pada Ogos dan...
DISKAUN SEHINGGA 80 PERATUS MENANTI PENGUNJUNG ‘HEBAT’ SIRI 1/2026 ESOK
AYER KEROH 3 Februari - Diskaun sehingga 80 peratus membabitkan kompaun Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Negeri Melaka, selain pelbagai diskaun...
MPAG DIGITAL, LAMBANG TRANSFORMASI ALOR GAJAH
REMBIA 3 Februari - Usaha Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) memperkenalkan MPAG Digital diiktiraf Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) apabila lapan...
