Sorting by

×

IKHLAS BERNIAGA, PASANGAN SUAMI ISTERI JUAL SAYUR RM1

Masa Membaca:1 Minit, 23 Saat

DURIAN TUNGGAL 27 Oktober – Pasangan suami isteri dari Lereh menawarkan jualan pelbagai jenis sayur segar pada harga hanya RM1 sepeket pada Program Jualan Rahmah MADANI di Sekolah Kebangsaan (SK) Gangsa.

Bagi Suriati Hussin, 56, dan suaminya Johari Moch Amin Nor, 51, menjual sayur murah bukan sekadar mencari rezeki, tetapi cara membantu masyarakat mendapatkan bahan dapur segar pada harga mampu milik.

“Pada mulanya saya jual dalam piring kecil dengan harga RM5, lama-lama baru tambah sedikit demi sedikit. Alhamdulillah, apabila jual RM1 ini, orang lebih suka sebab harganya murah, sayur pula segar,” katanya ketika ditemui Melaka Hari Ini sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Durian Tunggal di SK Gangsa, hari ini.

Whatsapp image 2025 10 27 at 12.22.24 pm

PELBAGAI jenis sayur segar ditawarkan pada harga RM1

Pasangan ini mula berniaga sejak 2014 dan sebahagian besar sayuran ditawarkan ditanam sendiri Johari yang mengusahakan kebun kecil di Taman Tehel Impian.

“Alhamdulillah setakat ini apa sahaja jenis sayur ditanam suami menjadi. Contoh sayur bayam, kangkung dan kacang panjang semua hidup subur, kami boleh jual murah tetapi tetap ada untung, rezeki itu Allah SWT yang beri.

“Minat berniaga dalam berniaga sudah mula sejak kecil lagi apabila sering membantu arwah ibunya menjual goreng pisang, putu piring dan pelbagai kuih tradisional,” katanya.

Suriati berkata, selain menyertai program Jualan Rahmah MADANI, dia bersama suami juga berniaga di pasar malam Telok Mas setiap Isnin dan Ahad.

“Berniaga ini menjadikan saya gembira, kerana kami sekarang sudah ada pelanggan tetap yang menunggu untuk beli sayur segar. Saya anggap perniagaan kecil ini bukan sekadar sumber pendapatan, tetapi satu bentuk sedekah dan khidmat kepada masyarakat,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

470
Kongsi :
Previous post HARI TERBUKA EMPANGAN 2025 DIDIK MASYARAKAT MENGENAI KEPENTINGAN PEMELIHARAAN SUMBER AIR
Next post WRUR: ‘TOWN HALL’ BANTU JPKK FAHAMI DASAR KERAJAAN NEGERI, PERANAN EXCO