Sorting by

×

IMAM DIUJI MASALAH SARAF DI KEPALA, MAIM HADIR HULUR BANTUAN

Masa Membaca:1 Minit, 10 Saat

AYER MOLEK 1 April – Walaupun keadaan fizikalnya nampak sihat, namun siapa sangka seorang Imam 2 Masjid Al Abrar Kampung Balik Bukit, di sini, sebenarnya sedang diuji dengan masalah kesihatan.

Abu Bakar Ramle kini tidak dapat melaksanakan tugas sebagai imam selepas hilang daya ingatan akibat gangguan saraf di kepala.

Nasibnya itu bagaimanapun mendapat perhatian Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) yang turut padang bersama Timbalan Pengerusi MAIM Datuk Rahmad Mariman dan Skuad Agihan Zakat MAIM.

Pada sesi ziarah itu, Rahmad yang juga Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Molek mewakili MAIM telah menyampaikan sumbangan berupa wang tunai dan kit makanan bagi meringankan bebannya dan keluarga.

“Sehingga kini, Ustaz Abu Bakar masih menjalani rawatan di Hospital Melaka dan terpaksa berehat di rumah, selain tidak dapat melaksanakan tugas sebagai imam,” kata MAIM dalam satu kenyataan.

Menurut MAIM, sesi ziarah itu turut dihadiri Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan pemimpin setempat bagi membincangkan bentuk bantuan untuk Ustaz Abu Bakar dan keluarga, lebih-lebih lagi enam anaknya masih menuntut di institusi pengajian tinggi dan masih bersekolah.

“Isterinya merupakan tenaga pengajar di Maahad Ar Rahmah, Solok Gaung dan turut menyuarakan kebimbangan terhadap penyakit yang secara tiba-tiba menguji suaminya itu.

“Sama-samalah kita mendoakan kesihatan Ustaz Abu Bakar kembali pulih dan dapat menjalankan tugas sebagai imam seperti sebelum ini,” tambah MAIM.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

523
Kongsi :
Previous post KEM SILAMBAM JANJI PERSEMBAHAN TERBAIK, SASAR DUA EMAS