
Indonesia terima 1.2 juta dos vaksin COVID-19
JAKARTA 7 Dis – Indonesia menerima sebanyak 1.2 juta dos vaksin COVID-19 dari China yang diterbangkan menggunakan pesawat Garuda dari Beijing, malam tadi.
Biro Pers, Media dan Informasi, Sekretariat Presiden dalam satu kenyataan berkata vaksin yang telah diuji sepenuhnya untuk digunakan itu, tiba di Jakarta pada 9.25 malam tadi.
Presiden Indonesia Joko Widodo dalam YouTube rasmi Sekretariat Presiden berkata Indonesia akan menerima tambahan sebanyak 1.8 juta dos lagi vaksin itu pada awal Januari 2021.
“Alhamdulillah vaksin sudah tersedia, artinya kita bisa segera mencegah meluasnya wabak COVID-19,” kata Presiden Joko Widodo.
Media tempatan sebelum ini melaporkan Indonesia menerusi Lembaga Biologi Molekuler Eijkman (LBM), badan di bawah Kementerian Riset dan Teknologi Indonesia bekerjasama dengan syarikat biofarmaseutikal dari China, iaitu Sinovac Biotech bagi melakukan penyelidikan vaksin COVID-19.
Mengikut data yang disiarkan laman Twitter rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia @BNPB_Indonesia, setakat semalam, republik itu mencatatkan sebanyak 575,796 kes positif COVID-19 dengan jumlah kematian akibat virus itu kini 17,740 orang.
— BERNAMA
Views:
Related


Berita Lain
KONTRAKTOR RUGI LEBIH RM300,000 DIPERDAYA SKIM PELABURAN TIDAK WUJUD
TEMERLOH 22 Mac - Seorang kontraktor kerugian RM356,342 selepas terperdaya dengan skim pelaburan tidak wujud yang diiklankan melalui laman sesawang...
DUA LELAKI DITAHAN CUBA CURI KABEL DI JAM BESAR
SUNGAI PETANI 22 Mac - Dua lelaki ditahan selepas dipercayai cuba mencuri kabel berhampiran Dataran Jam Besar di sini, petang...
DARIPADA RASA INGIN TAHU, ‘YB SEM’ BERJAYA PUASA LEBIH 20 HARI
MACHAP JAYA 22 Mac — Tanpa latar belakang agama Islam, beliau memilih untuk bangun sahur, menahan lapar dan dahaga, bukan...
MELAKA TUMPU BANGUNKAN KOPERASI PELANCONGAN
AYER KEROH 22 Mac - Melaka kini memberi tumpuan kepada usaha membangunkan lebih banyak koperasi berasaskan pelancongan selari dengan imej...
JEJAK DHU’AFA SANTUNI ASNAF, ORANG KURANG UPAYA
MERLIMAU 22 Mac - Kolej Komuniti Jasin (KKJS) menzahirkan keprihatinan terhadap golongan kurang bernasib baik menerusi program santunan kasih Aidilfitri...
‘DAK RAOP’ TAK LUPA KAWAN LAMA
TANJUNG BIDARA 22 Mac - Riak wajah ceria jelas terpancar pada wajah Ab khalim Baba, 60, sebaik melihat kelibat Ketua...
