Sorting by

×

INISIATIF RM50,000 BAIK PULIH, NAIK TARAF FASILITI SUKAN SETIAP DUN DI MELAKA

Masa Membaca:1 Minit, 9 Saat

SERI NEGERI 9 Disember – Kerajaan Negeri Melaka menyediakan peruntukan RM50,000 bagi melaksanakan kerja naik taraf dan baik pulih kemudahan sukan di semua Dewan Undangan Negeri (DUN).

Exco Belia, Sukan dan NGO negeri, Datuk VP Shanmugam berkata inisiatif untuk  ‘menyegarkan’ semula fasiliti sukan di semua 28 DUN seluruh Melaka melibatkan peruntukan keseluruhan berjumlah RM1.4 juta.

Katanya, kesemua 28 DUN telah memanfaatkan peruntukan tersebut termasuk DUN Durian Tunggal bagi melaksanakan pelbagai projek penyelenggaran fasiliti sukan.

“Peruntukan tersebut termasuk DUN Durian Tunggal melaksanakan projek penyelenggaraan gelanggang sepak takraw di Kampung Panchor melibatkan kos RM25,000, serta penyelenggaraan gelanggang futsal Kampung Beringin dengan peruntukan RM25,000 bagi kerja-kerja berkaitan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Datuk Zahari Abd Kalil (BN-Durian Tunggal) pada Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Melaka Kelima Belas, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata Kerajaan Negeri melalui Majlis Sukan Negeri Melaka (MSNM) turut menyelia beberapa fasiliti sukan utama bagi pembangunan sukan negeri melibatkan atlet serta kegunaan masyarakat setempat.

“Secara keseluruhan, terdapat lima fasiliti sukan yang dikhususkan untuk kegunaan atlet sahaja, manakala tiga fasiliti lagi dibuka kepada orang awam mengikut kekosongan semasa.

“Antara fasiliti yang boleh digunakan oleh masyarakat berhampiran DUN Durian Tunggal ialah Dewan Badminton MSNM Ayer Keroh, Dewan Serbaguna MSNM Ayer Leleh dan Gelanggang Lawn Bowls MSNM di Krubong,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

178
Kongsi :
Previous post MELAKA SALUR BANTUAN KEWANGAN BULANAN, CAKNA KEPERLUAN WARGA EMAS
Next post WCE: LALUAN SEPANJANG 69 KILOMETER, WUJUDKAN ENAM PINTU MASUK BAHARU KE MELAKA