
INTI PATI BELANJAWAN 2026
Masa Membaca:11 Minit, 26 Saat
KUALA LUMPUR, 10 Okt – Berikut adalah inti pati Belanjawan 2026 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan di Parlimen hari ini.
Belanjawan yang mengangkat tema ‘Belanjawan MADANI Keempat: Belanjawan Rakyat’ itu merupakan yang pertama di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) 2026-2030.
- Lebih RM700 juta diperuntuk untuk tingkat keupayaan badan penguatkuasa SPRM, PDRM, KPDN, JKDM dan MyCCÂ melalui Latihan serta perolehan asset.
- JKDM akan memperkenalkan setem cukai digital, bendung pemalsuan serta ketirisan di pintu masuk negara melalui Centralised Screening Complex CCTV.
- Penyumbang tunai program pencegahan rasuah layak mendapat potongan cukai pendapatan.
- Agenda Pasukan Petugas Khas Reformasi Agensi (STAR)Â jimat kos pematuhan sehingga RM1.1 bilion, bantu Malaysia melonjak 11 anak tangga dalam Indeks Daya Saing Dunia.
- Pasukan STAR terima RM25 juta untuk usaha pendigitalan menyeluruh urusan rakyat, percepat pembangunan infrastruktur dan inovasi baharu.
- MyDigital ID sasar 15 juta pengguna menjelang akhir 2025, diperluas ke sektor utama seperti kewangan, telekomunikasi, e-dagang dan kesihatan.
- RM76.6 juta disediakan bagi meningkatkan mutu prasarana UTC agar lebih mesra rakyat dan mudah diakses.
- RM31.5 juta disediakan untuk menyelenggara dan mengganti aset-aset kedutaan yang rosak.
- RM220 juta untuk perkasa peranan Institusi Parlimen, RM5 juta bagi memperkasa fungsi Jawatankuasa Pilihan Khas Dewan Negara dan Dewan Rakyat .
- RM15 juta untuk perluas liputan Kumpulan Rentas Parti Parlimen Malaysia (APPGM).
- Pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya kini diperingkat libat urus bersama semua pihak berkepentingan.
- Kerajaan akan meminda Akta Perlindungan Pengguna, masukkan elemen Lemon Law bagi melindungi hak pengguna yang sering tertindas.
- Pangkalan data 16.5 juta warganegara yang layak BUDI95 sedang dikemas kini untuk sedia kuota tambahan kepada 23,000Â pemilik perahu berdaftar dan lebih 52,000Â pemandu e-hailing aktif.
- Keseluruhan penyasaran subsidi menjimatkan dana negara sekitar RM15.5 bilion setahun.
- RM1 bilion disediakan bagi memperhebat Ikhtiar MADANI Untuk Rakyat.
- Sejati MADANI diperluas dengan melibatkan anak-anak muda menambah pendapatan komuniti.
- Sasaran Kampung Angkat MADANI ditingkatkan kepada 500 kampung dan Sekolah Angkat MADANI ditingkatkan kepada 1,500 sekolah termasuk penglibatan oleh badan swasta.
- Solar MADANIÂ diperluas ke kampung-kampung seluruh negara.
- Syarikat dan individu berpendapatan perniagaan yang menyumbang untuk program Kampung Angkat dan Sekolah Angkat MADANI, Sejahtera MADANI layak diberi potongan cukai pendapatan.
- RM110 juta untuk Ikhtiar Perkhidmatan Bergerak MADANI bagi memastikan masyarakat desa dan pedalaman mendapat perkhidmatan kerajaan secara terus.
- Peruntukan pembangunan Sabah meningkat kepada RM6.9 bilion, Sarawak meningkat kepada RM6 bilion.
- Kerajaan Persekutuan menyediakan pembiayaan RM765 juta bagi Projek Talian Penghantaran Southern Link, tangani gangguan bekalan elektrik di Sabah.
- RM1.67 bilion untuk Pan Borneo Sabah dilaksana mengikut jadual.
- Sarawak-Sabah Link Road Fasa (SSLR) 1 dijangka siap November 2026, SSLR 2 sedang dalam pembinaan dan dijangka siap pertengahan 2029.
- Kesemua projek lebuh raya di Sabah dan Sarawak melibatkan kos mencecah RM48 bilion.
- RM2 bilion untuk bangunkan Sambungan Kabel Dasar Laut MADANI (SALAM) sepanjang 3,190 kilometer, pastikan Sabah, Sarawak dan Semenanjung menikmati manfaat digital sebaiknya.
- RM20 juta untuk menambah tapak dan ruang niaga kepada peniaga kecil Tamu Desa di Sabah dan Sarawak.
- Peruntukan TVET naik kepada RM7.9 bilion.
- Majlis TVET Negara terima RM45 juta untuk terap ilmu teknologi digital dan AI kepada 10,000 pelajar tahfiz dan pondok melalui Program IPT@Komuniti.
- Institusi TVET KPM disediakan RM1.3 bilion untuk mendidik 79,000 penuntut TVET.
- Dana RM3 bilion untuk HRD Corp, tawar 3 juta peluang latihan terutamanya bagi sektor teknologi tinggi, digital dan peralihan tenaga.
- GiatMARA tawar latihan kepada lebih 13,000 golongan tumpuan termasuk pekerja gig.
- Kolej Komuniti menyediakan Program Pembelajaran Sepanjang Hayat untuk komuniti rentan seperti OKU, warga emas, ibu tunggal dan Orang Asli.
- Lebih RM700 juta disediakan bagi merancakkan sektor pelancongan sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.
- Potongan cukai sehingga RM500,000 kepada pengusaha projek pelancongan yang melakukan ubah suai dan pembaharuan premis perniagaan.
- Pelepasan khas cukai pendapatan individu sehingga RM1,000 atas perbelanjaan bayaran fi kemasukan ke pusat pelancongan tempatan dan program kebudayaan, galakkkan rakyat melancong dalam negara.
- Pengecualian 100 peratus duti eksais, pengecualian 100 peratus cukai jualan bagi pembelian kereta baharu PROTON dan PERODUA oleh pemilik teksi serta kereta sewa persendirian.
- HRD Corp sedia RM10 juta untuk kos kursus dan elaun kepada pemandu teksi, bantu tingkat kecekapan dan keselamatan operasi.
- Dana RM5 juta secara geran padanan bagi menggalakkan sektor korporat, dermawan dan pakar warisan meremajakan Muzium Negara.
- DBKL manfaatkan dana dalaman RM500 juta bagi menambah baik kemudahan penjaja dan perumahan rakyat, RM200 juta untuk membangun semula pusat penjaja, pasar serta medan selera usang.
- RM300 juta bagi menyelenggara bangunan, sistem pendawaian dan kemudahan jalan Projek Perumahan Rakyat (PPR).
- RM60 juta untuk membina gerai dan membaiki pasar awam di semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
- RM50 juta untuk Majlis Amanah Rakyat (MARA) menaik taraf 363 premis perniagaan MARA seluruh negara bagi manfaat 7,300 usahawan.
- RM15 juta untuk membudayakan sains, teknologi dan daya cipta dalam kalangan belia.
- Lebih RM2.5 bilion pinjaman mikro disediakan antaranya di bawah BSN dan TEKUN.
- RM50 juta kepada Suruhanjaya Koperasi Malaysia untuk pembiayaan menyokong perusahaan badan-badan koperasi seluruh negara.
- Projek Pemindahan Air Jeniang mula dilaksanakan tahun depan dengan kos RM1.28 bilion.
- Tanah-tanah sawah bermasalah akan dipulihkan, prasarana ditambah baik dengan dana RM100 juta.
- 6,400 pesawah dibekalkan dengan baja foliar untuk nutrien padi dan bahan kesuburan tanah sawah dengan peruntukan RM20 juta.
- RM300 juta untuk menyokong tanaman jagung bijian, ternakan akuakultur serta aktiviti tanaman padi di Sabah dan Sarawak.
- Agrobank sedia RM1.1 bilion untuk usahawan mengembangkan perniagaan, menyokong automasi dan mekanisasi dalam projek pertanian.
- RM2.62 bilion untuk pelbagai subsidi dan bantuan kepada pesawah serta insentif pengeluaran padi.
- Setiap pesawah dianggar terima bantuan kira-kira RM4,300 sehektar berbanding RM3,790 sehektar bagi setiap musim.
- Untuk golongan nelayan, RM160 juta diperuntukan bagi elaun sara hidup, diesel bersubsidi RM1.65 seliter dikekalkan, RM20 juta untuk menaik taraf vesel.
- RM55 juta disediakan bagi menyokong pengusaha buah-buahan tempatan.
- Kementerian Pertahanan terima peruntukan RM21.7 bilion, Kementerian Dalam Negeri (KDN) RM21.2 bilion untuk tingkat tahap kesiapsiagaan negara.
- RM6 bilion untuk menyelenggara dan membeli aset pertahanan, RM1 bilion untuk menyelenggara dan membeli aset PDRM serta badan beruniform di bawah KDN.
- Lebih RM1.5 bilion untuk membina dan menaik taraf fasiliti baharu badan beruniform.
- Pelantar Laut Tun Sharifah Rodziah yang akan tamat tempoh pengoperasian pada Jun 2026 akan digantikan dengan sebuah Multi Purpose Command Platform baharu.
- RM45 juta disediakan kepada Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan Malaysia.
- Mengekang gejala buli – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) bangunkan Kerangka Antibuli Sekolah (SAFE), Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) tambah CCTV.
- Kementerian Komunikasi melaksanakan Kempen Internet Selamat bagi meningkatkan tahap kesedaran siber dalam kalangan murid sekolah.
- Rang Undang-undang Jenayah Siber akan digubal bagi menangani jenayah siber dengan lebih menyeluruh.
- RM12 juta diperuntukkan kepada Pusat Respons Penipuan Kebangsaan (NSRC) tangani jenayah penipuan dalam talian dan ancaman siber, RM 20 juta bagi memodenkan sistem dan kepakaran forensik digital.
- RM220 juta untuk membangun semula bangunan IPG Kampus Gaya, Sabah yang rosak dan daif.
- RM39 juta projek tebatan banjir fasa kedua dan membina semula satu blok sekolah yang terkesan banjir di Inanam, Sabah.
- Dana 460 juta untuk NADMA bersiap sedia menghadapi bencana.
- Semua kerajaan negeri dibenarkan guna dana MARRIS bagi memperoleh Jambatan Panel Keluli Bermodular (Bailey Bridge).
- MCMC menyediakan RM210 juta untuk membangunkan Sistem Amaran Awal (EWS).
- RM2.2 bilion disediakan bagi meneruskan 43 projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB).
- Lebih RM260 juta bagi mencegah, menyelenggara dan membaiki cerun seluruh negara, RM55 juta untuk membersih dan menaik taraf longkang dan parit di semua PBT.
- RM80 juta untuk 2,500 renjer komuniti melindungi hutan;Â kepakaran lebih 1,000 Orang Asli dan hampir 700 veteran akan dimanfaat.
- RM300 juta untuk merawat, menyelenggara dan membersih sungai; RM3.3 bilion untuk projek prasarana asas desa.
- Pengurusan Aset Air Berhad melaksanakan pelaburan sehingga RM13 bilion untuk lima tahun bagi capaian bekalan air bersih seluruh negara.
- RM400 juta untuk pembinaan empangan bawah tanah, telaga tiub dan struktur takungan di Padang Matsirat, Langkawi; lebih 820km paip usang akan diganti.
- RM770 untuk melaksana baki Point of Presence (PoP) Fasa 2 berhampiran kawasan perindustrian dan sekolah terpilih di desa dan pedalaman.
- Liputan jalur lebar diperluas melalui projek JENDELA 2 ke 2,700 lokasi baharu dengan peruntukan RM780 juta.
- Peluang pendidikan Bumiputera diberi keutamaan dengan peruntukan keseluruhan MARA, Yayasan Peneraju dan UiTM RM6 bilion.
- Pelepasan cukai pendapatan individu RM3,000 bagi yuran taska atau tadika kanak-kanak berumur sehingga 6 tahun diperluas kepada pusat jagaan harian atau pusat transit berdaftar.
- Kerajaan akan membela nasib 5,000 ibu tunggal miskin yang memerlukan bantuan guaman bagi penyelesaian kes-kes mahkamah.
- Bermula tahun hadapan, had umur belia ditetapkan kepada 15 hingga 30 tahun.
- RM250 juta untuk memulakan PLKN secara rintis di peringat pendidikan tinggi sebelum pelaksanaan penuh pada 2027.
- Rakan Muda disediakan RM40 juta; kerajaan terus menanggung bayaran mendapatkan lesen motosikal kelas B2.
- Peruntukan RM412 juta bagi memperkasa Orang Asli secara menyeluruh, tidak termasuk peruntukan di bawah Bumiputera.
- Kerajaan akan membentangkan pindaan Akta Orang Asli 1954, jalan-jalan di Kampung Orang Asli ditambah baik dengan kos RM155 juta.
- Premis tabika dinaik taraf di semua Kampung Orang Asli dengan kos hampir RM13 juta.
- Bantuan hampir RM1.4 bilion akan disalurkan untuk OKU kronik terlantar, OKU tiada upaya bekerja dan Elaun Pekerja OKU.
- RM15 juta untuk memperkasa Program Peluang Kedua, RM10 juta bagi melaksanakan Program Dokumen Pendaftaran Pelarian.
- Sempena perayaan Deepavali, bayaran STR Fasa 4 2025 bernilai RM2 bilion diawalkan dan disalurkan mulai 18 Oktober.
- Kerajaan bersetuju meluluskan diskaun tol 50 peratus untuk dua hari sempena hari perayaan Deepavali.
- Semua 9 juta penerima STRÂ menerima SARA sehingga RM100 ringgit setiap bulan atau RM1,200 setahun;Â 1 juta penerima STR di bawah eKasih menerima SARA sehingga RM200 sebulan atau RM2,400.
- Kerajaan sekali lagi memberi RM100 ringgit SARA kepada 22 juta rakyat Malaysia 18 tahun ke atas, disalur pada pertengahan Februari.
- STR SARA 2026 berjumlah RM15 bilion, peningkatan hasil penjimatan daripada penyasaran subsidi seperti diesel dan RON95.
- Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat terus disalurkan kepada lebih 560,000Â penerima dengan peruntukan RM3.1 bilion;Â RM1 bilion bagi menangani kos sara hidup.
- RM250 juta untuk menanggung kos pengedaran barang asas di Sabah dan Sarawak.
- Pekerja gig, e-hailing dan p-hailing akan diberi insentif caruman padanan KWSP sehingga RM600 setahun atau RM6,000 ringgit seumur hidup di bawah skim i-Saraan Plus.
- Skim i-Saraan diteruskan untuk pekerja informal atau bekerja sendiri dengan caruman padanan sehingga RM500 setahun;
- Umur kelayakan i-Suri dinaikkan kepada 60 tahun selari usia persaraan minimum; peruntukan kebajikan warga emas ditingkatkan kepada RM1.26 bilion melibatkan 180,000Â warga emas.
- Belanjawan 2026 memperuntukkan RM46.5 bilion kepada Kementerian Kesihatan.
- Bagi mengurangkan kebergantungan kepada hospital awam, peranan klinik kesihatan turut diperkasa untuk menyediakan perkhidmatan pakar kepada komuniti dengan peruntukan RM30 juta.
- Pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM3,000 ringgit bagi bayaran premium insurans nyawa atau sumbangan takaful nyawa.
- Kerajaan meluluskan seramai 4,500 doktor kontrak dan 935 graduan Institut Latihan KKM ditawar jawatan tetap tahun hadapan.
- Kadar Elaun Tugas Atas Panggilan (ETAP) yang tidak dikaji sejak 2011 dinaikkan sekitar 40 peratus berkuat kuasa 1 Okt.
- Kadar duti eksais bagi produk minuman keras dinaikkan sebanyak 10 peratus mulai 1 November 2025.
- KPM menerima RM66.2 bilion, hampir RM2 bilion bagi menaik taraf lebih 520 sekolah daif khususnya di Sabah Sarawak, 38 sekolah baharu akan dibina.
- RM100 juta bagi membina bilik darjah tambahan di lebih 100 sekolah berkepadatan tinggi dan RM100 juta lagi untuk bina 350 kelas prasekolah baharu.
- Semua 5.2 juta murid sekolah Kerajaan akan menerima RM150 Bantuan Awal Persekolahan dengan peruntukan RM800 juta ringgit.
- KPT menerima RM18.6 bilion ringgit, lebih RM400 juta untuk menyelenggara prasarana dan mengganti peralatan usang di universiti awam, politeknik serta kolej komuniti.
- Pendidikan Percuma PTPTN melibatkan 5,800 anak-anak keluarga miskin, pengecualian bayaran balik kepada mahasiswa perolehi Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama di IPTA.
- Kerajaan MADANIÂ menyediakan subsidi RAS RM209 juta ringgit untuk manfaat penduduk desa dan pedalaman Sabah Sarawak.
- RM2.5 bilion untuk selenggara Jalan Persekutuan termasuk menurap jalan berlubang, memasang lampu jalan di kawasan berisiko serta mengganti perabot jalan.
- Geran padanan sehingga RM4,000 disedia untuk menggalakkan pemilik melupus kenderaan lama dan membeli kenderaan nasional baharu.
- Pengecualian duti setem sepenuhnya ke atas surat cara pindah milik dan perjanjian pinjaman bagi pembelian rumah pertama berharga sehingga RM500,000.
- RM50 juta bagi membaik pulih dan menyelenggara rumah ibadat bukan Islam berdaftar di seluruh negara.
- Syiar Islam terus syumul dan tertegak di negara ini dengan peruntukan RM2.6 bilion.
- Had pengeluaran KWSP untuk tujuan menunaikan ibadat Haji ditingkatkan kepada RM10,000.
- Kemudahan pengeluaran awal GCR diperluas bagi menunaikan Haji terhad kepada penebusan RM10,000 ribu dengan peruntukan RM10 juta.
- RM55 juta diperuntukkan khusus untuk memperbanyak program perpaduan dan identiti nasional.
- RM110 juta insentif galakan kepada penerbit filem tempatan dan antarabangsa menghasilkan karya berkualiti tinggi di Malaysia.
- RM10 juta insentif penganjuran konsert artis tempatan dan antarabangsa di Malaysia bagi menarik pelancong asing bersempena Tahun Melawat Malaysia 2026.
- RM20 juta untuk menyokong Ekosistem Kreatif Digital khususnya penggiat kreatif animasi dan permainan digital tempatan.
- Kelonggaran perolehan kepada semua kementerian dan jabatan untuk memperoleh produk merchandise dan kandungan digital.
- Hampir RM2.2 bilion bagi membina, menyelenggara dan membaiki kuarters kerajaan; had kelayakan maksimum pembiayaan LPPSA dinaikkan sehingga RM1 juta.
- Kadar Bantuan Sara Hidup 4,000 pesara kontrak KEMAS dinaikkan kepada RM500 sebulan.
- Bayaran khas RM500 kepada pemegang Pingat Jasa Malaysia dengan peruntukan RM60 juta.
- Bantuan Insentif Berasaskan Prestasi diperluas kepada Kumpulan Pengurusan dan Profesional dalam perkhidmatan awam Persekutuan.
- Gaji hakim dinaikkan sehingga 30 peratus mulai 1 Januari 2026, semua anggota Jemaah Menteri terus membuat pemotongan 20 peratus gaji.
- Bantuan Khas Kewangan RM500 kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak, RM250 bagi pesara kerajaan akan disalurkan awal Mac 2026.
- Sumbangan khas RM500 bagi menghargai khidmat 70,000 guru KAFA, guru takmir, imam, bilal, tok siak, noja dan marbut dengan peruntukan RM35 juta.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
35