Sorting by

×

ISU LAMBAKAN SAMPAH AIDILFITRI DI BANDARAYA MELAKA TERKAWAL – MBMB

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

PAYA RUMPUT 24 Mac – Isu lambakan sampah sekitar Bandaraya Melaka sepanjang Aidilfitri tahun ini berjaya dikawal meskipun berlaku peningkatan jumlah sisa berikutan cuti panjang dan kehadiran pengunjung yang ramai ke negeri ini.

Datuk Bandar Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) Datuk Shadan Othman berkata, perancangan awal serta gerak kerja tersusun membantu menangani perkara itu dengan lebih sistematik meskipun terdapat lokasi yang mengalami masalah sampah tidak terkawal.

Katanya, kerjasama bersama SWM Environment Sdn Bhd (SWM Environment) serta beberapa konsesi lain membantu memastikan pengurusan sampah berjalan lancar.

“Pada hari pertama dan kedua Aidilfitri, kita dapati keadaan kebersihan sekitar Bandaraya Melaka berada pada tahap memuaskan dan dapat diuruskan dengan baik,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput di perkarangan Stadium Hang Jebat pada Ahad.

Mengulas lanjut, Shadan memaklumkan isu sampah tidak terkawal di beberapa lokasi seperti yang dimuat naik di laman sosial hanyalah isu terpencil dan ia berjaya diselesaikan dalam tempoh singkat.

“Kita tidak nafikan memang kuantiti sampah berlaku peningkatan, namun begitu kita berjaya mengawalnya dan hasil gerak kerja yang telah dirancang lebih awal berjaya menyelesaikan isu tersebut dengan segera,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

404
Kongsi :
Previous post KISAH TULAR PAGI SYAWAL UNDANG SEBAK, RAIS CAKNA HULUR BANTUAN
Next post NAIK ‘BOT KUDA BELANG’ DAPAT DISKAUN MASUK ZOO MELAKA