
Isu pembubaran Parlimen tidak dibincang dalam mesyuarat khas kabinet – Ismail
KUALA LUMPUR 26 Okt. – Isu pembubaran Parlimen langsung tidak dibangkitkan pada mesyuarat khas kabinet hari ini, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
“Ia tidak dibangkitkan, tidak dibincangkan,” katanya menjawab soalan pemberita pada sidang media perkembangan terkini Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), di sini hari ini.
Menteri Pertahanan itu berkata demikian sebagai menjawab dakwaan kononnya beliau bersama ahli kabinet lain akan mencadangkan kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin agar menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi mencadangkan pembubaran Parlimen.
Ini susulan tular satu tangkap layar perbualan dalam satu kumpulan yang menunjukkan kononnya Ismail Sabri memaklumkan ketua-ketua UMNO Bahagian bahawa beliau dan rakan lain dalam Kabinet akan mencadangkan pembubaran Parlimen hari ini.
Terdahulu hari ini, Muhyiddin Yassin mengadakan mesyuarat khas lebih dua jam bersama Jemaah Menteri di Perdana Putra, Putrajaya, menyusuli titah Al-Sultan Abdullah semalam bahawa tiada keperluan untuk mengisytiharkan darurat di negara ini.
–BERNAMA
Views:
Related


Berita Lain
WRUR PERKASA GAGASAN MELAKA SAYANG RAKYAT
BANDARAYA MELAKA 31 Mac - Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) yang dicetuskan Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf...
KEJAYAAN ATAU KELEMAHAN BENTUK PERSEPSI RAKYAT – KM
SERI NEGERI 30 Mac - Pentadbiran Kerajaan Negeri Melaka kini memasuki fasa pelaksanaan, yang menuntut hasil nyata daripada setiap perancangan...
AGENSI, ANAK SYARIKAT MELAKA DISERU PERBANYAK INISIATIF CSR
SERI NEGERI 30 Mac – Kesemua agensi kerajaan, anak syarikat dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di negeri ini dituntut untuk...
DERITA ADIK UWAIS DAPAT PERHATIAN MAIM, YB DUYONG
DUYONG 30 Mac - Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Mungkin itulah perumpaan paling tepat menggambarkan derita yang ditanggung...
MOT CADANG PINDA AKTA 333 WAJIBKAN PESALAH DI BAWAH PENGARUH ALKOHOL BAYAR GANTI RUGI
PUTRAJAYA, 30 Mac - Kementerian Pengangkutan (MOT) sedang merangka cadangan pindaan lanjut terhadap Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta...
RIBUT PETIR, HUJAN LEBAT DIRAMAL DI SEMBILAN NEGERI HINGGA 5 PETANG INI
KUALA LUMPUR, 30 Mac - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang melibatkan sembilan...
