
ISU SALAH GUNA DANA: SPRM RAKAM KETERANGAN PEGAWAI KANAN ATM
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata pegawai kanan terbabit, dipanggil untuk memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya pada 11 pagi.
“Beliau dipanggil untuk melengkapkan siasatan terhadapnya berhubung dakwaan penyalahgunaan dana dalam ATM…kita panggil untuk bantu siasatan.
“Buat masa ini, tiada tangkapan dibuat dan rakaman percapakan sedang berlangsung,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Beliau berkata perkembangan lanjut berkaitan kes terbabit akan dikongsikan dalam masa terdekat.
Semalam media melaporkan, Azam mengesahkan seorang pegawai kanan ATM yang disiasat dalam penyelewengan dana dijangka dituduh dalam tempoh terdekat.
Difahamkan, kes membabitkan pegawai kanan itu, berbeza dengan kes bekas Panglima Tentera Darat yang sedang disiasat SPRM ketika ini. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related
Berita Lain
WARGA EMAS DI MIRI RUGI RM253,000 AKIBAT PENIPUAN
KUCHING 11 Januari - Seorang lelaki warga emas berusia awal 60-an di Miri mengalami kerugian lebih RM253,000 selepas menjadi mangsa...
DUA KANAK-KANAK NYARIS LEMAS DALAM KOLAM RENANG KONDOMINIUM
GEORGE TOWN 11 Januari - Dua kanak-kanak berusia tujuh tahun yang mempunyai hubungan kekeluargaan nyaris lemas di dalam kolam renang...
PENDAFTARAN MURID TAHUN SATU MELAKA 2026 MENINGKAT 3.5 PERATUS
AYER KEROH 9 Januari – Seramai 14,220 murid tahun satu telah mendaftar bagi sesi persekolahan 2026/2027 di seluruh Negeri Melaka...
MENGAPA RAMAI PESAKIT BUAH PINGGANG LEWAT DIKESAN?
Oleh: Dr. Lim Li Han Pakar Perubatan Dalaman & Nefrologi Oriental Melaka Straits Medical Centre TAHUKAH anda? Ramai orang hanya...
PBT MELAKA RANCAKKAN TAHUN MELAWAT MELAKA 2.0
AYER KEROH 11 Januari - Kesemua empat pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri ini komited merancakkan lagi sektor pelancongan sepanjang...
500 ANAK HANG TUAH JAYA TERIMA BEG SEKOLAH, BAUCAR RM100
AYER KEROH 11 Januari - Keceriaan jelas terpancar di wajah 500 anak-anak di bawah Parlimen Hang Tuah Jaya yang terpilih...

