Sorting by

×

JABATAN PERTANIAN SALUR RM200,000 KEPADA DUA SEKOLAH ANGKAT MADANI

Masa Membaca:1 Minit, 14 Saat

KESIDANG 22 November – Jabatan Pertanian menyalurkan peruntukan berumlah RM200,000 kepada dua buah sekolah rendah di negeri ini menerusi inisiatif Sekolah Angkat Madani (SAM).

Ketua Pengarah Pertanian, Datuk Nor Sam Alwi berkata, dua sekolah terbabit adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Limbongan dan SK Tengkera 2.

Katanya, sumbangan tersebut bertujuan untuk kerja-kerja penyelenggaraan serta penambahbaikan infrastruktur sekolah berkenaan.

“Peruntukan sumbangan disalurkan ini bertujuan membantu menyediakan persekitaran pembelajaran lebih kondusif kepada 500 murid di SK Limbongan dan 368 murid di SK Tengkera 2.

“Pelaksanaan projek menaik taraf di kedua-dua sekolah ini telah berjaya dilaksanakan pada 2 November lalu yang mana ia merangkumi naik taraf tapak perhimpunan, naik taraf dewan terbuka, selenggara padang dan beberapa kerja lain.

“Segala penambahbaikan bukan hanya beri nilai tambah kepada infrastruktur sekolah tetapi turut memastikan persekitaran pembelajaran yang kondusif, selamat dan selesa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas Majlis Penyerahan Sekolah Angkat Madani di SK Limbongan, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Pertanian Negeri Rozli Azizi Talib serta kenamaan lain.

Mengulas lanjut, Nor Sam berkata program itu memberi makna peribadi buat beliau apabila salah sebuah sekolah penerima ialah sekolah lamanya sendiri.

Tambahnya, beliau turut merakamkan penghargaan kepada Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pendidikan Negeri kerana membenarkan penggunaan peruntukan bagi mberkenaan.

“Jabatan Pertanian berbangga kerana turut menjadi sebahagian daripada usaha SAM.

“Kerajaan Madani komited meneruskan inisiatif itu dalam Belanjawan 2026, seiring Program Kampung Angkat Madani bagi memastikan kesejahteraan rakyat terus diperkasa,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

209
Kongsi :
Previous post JABATAN PERTANIAN AKTIFKAN BILIK GERAKAN HADAPI RISIKO BANJIR, JEJAS TANAMAN