
Jadikan Melaka destinasi selamat dilawati
AYER KEROH 18 Julai – Pihak pengurusan pusat rekreasi dan pelancongan disarankan untuk melengkapkan kakitangan masing-masing dengan ilmu berkaitan penyakit-penyakit bawaan haiwan atau zoonosis.
Exco Kemajuan Desa, Pertanian dan Keterjaminan Makanan negeri, Dr. Muhammad Akmal Saleh berkata langkah itu sebagai usaha untuk menjadikan Melaka sebagai negeri pelancongan yang selamat untuk dilawati.
“Langkah itu juga dilihat wajar bagi menghindari penyakit bawaan zoonosis seperti Leptospirosis (kencing tikus); Brucellosis; Salmonellosis; Japanese Encephalitis dan Rabies.
“Saya percaya jika kita bersama-sama menyahut saranan ini Melaka akan menjadi negeri pelancongan yang selamat dilawati,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Sambutan Hari Zoonosis Peringkat Negeri Melaka di Zoo Melaka, di sini, hari ini.
Hadir sama Pengarah Kesihatan negeri, Dr. Ruzita Mustaffa serta kenamaan lain.
Dr. Muhamad Akmal, turut menyarankan pengendali atau pihak pengurusan pusat rekreasi menyediakan lebih banyak sinki beserta cucian dan cecair pembasmi kuman di premis masing-masing.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
FESTIVAL D’BENDANG 2025 KEMBALI: HIMPUN 187 USAHAWAN DESA, 42 ACARA SUKAN
AYER KEROH 14 Disember - Lebih 180 usahawan akan berkampung di Kem Benteng Negara, Sungai Rambai, sempena Mini KUD @Festival...
VENA VARIKOS: BUKAN SIMPUL BIASA
Oleh: Dr. Kamalbarathi N.Barathilingam Pakar Bedah Am Oriental Melaka Straits Medical Centre VENA varikos atau lebih dikenali sebagai urat kaki...
REZEKI ANAK, ORANG DUYONG MENANG PROTON S70
AYER KEROH 14 Disember - Sepasang suami isteri tidak menyangka kehadiran mereka ke program RXZ Members Ride Edition Melaka 3.0...
WRUR DUN BUKIT KATIL PERHALUSI, CARI PENYELESAIAN SETIAP ADUAN RAKYAT
BUKIT KATIL 14 Disember - Sebahagian aduan dan pemasalahan rakyat yang diterima daripada penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Katil...
KONVENSYEN KHAS PENDIDIKAN MELAKA PERKUKUH PERANAN PIBG
AYER KEROH 14 Disember - Konvensyen Khas Pendidikan Negeri Melaka mendapat perhatian Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) yang melihat...
HIMPUNAN RXZ: JANGAN HANYA LIHAT SUDUT NEGATIF
AYER KEROH 14 Disember - Tindakan sebuah parti politik mengeluarkan kenyataan negatif berhubung penganjuran RXZ Members Ride Edition Melaka 3.0...
