Sorting by

×

‘JAGA SUNGAI BUKAN MUDAH, TAPI BERBALOI’

Masa Membaca:1 Minit, 41 Saat

BANDARAYA MELAKA 13 Julai – Tugasan bermula awal pagi, berpanas dan menghidu bau kurang menyenangkan, tidak mematahkan semangat dua anak muda ini yang gigih menabur bakti demi memastikan kelestarian Sungai Melaka.

Shahrul Nizam Abu, 23, dan Muhammad Syakir Azhar, 29, adalah antara petugas pasukan Unit Pembersihan Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) yang menjadi barisan hadapan menjaga kebersihan Sungai Melaka yang juga antara tarikan pelancong di negeri ini.

Meskipun kerap berdepan cabaran luar jangka setiap kali melaksanakan tugas, namun mereka memilih untuk terus berkhidmat atas semangat cintakan alam sekitar.

Whatsapp image 2025 07 10 at 9.59.03 pm
SHAHRUL Nizam.

Bagi Shahrul Nizam, menjaga, membersih dan melestarikan Sungai Melaka dianggap sebagai satu amanah dipikul dengan penuh rasa tanggungjawab dan bukan sekadar tugasan diberikan PPSPM kepada dirinya.

“Pada kebiasaan kami memulakan tugas sebelum jam 8.30 pagi, selain melakukan kerja pembersihan kami juga membuat teguran dan nasihat jika ada orang awam dikesan membuang sampah di kawasan tidak sepatutnya.

“Usaha pembersihan menjadi lebih sukar dan mencabar jika pencemaran berlaku disebabkan faktor luar biasa, contoh melibatkan sisa bahan kimia,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Whatsapp image 2025 07 10 at 9.59.03 pm (1)
MUHAMMAD Syakir.

Sementara itu Muhammad Syakir yang berasal dari Semabok berkata, kejadian ikan mati di Sungai Melaka antara ujian paling mencabar sepanjang berkhidmat bersama PPSPM.

“Kerja pembersihan mengambil masa panjang dan memenatkan. Kami bertugas dari pagi hingga senja, tetapi hari berikutnya masih ada ikan yang mati. Walaupun penat, kami tetap menyambung tugas demi memastikan Sungai Melaka kembali bersih,” katanya.

Menurut Muhammad Syakir, apa yang dikesali adalah masih ada penduduk yang mengambil mudah, apabila membuang sampah ke Sungai Melaka.

“Apabila ditegur mengenai perbuatan itu ada yang risau dikenakan tindakan dan meminta maaf, tetapi usaha perlu dilakukan untuk meningkatkan lagi tahap kesedaran orang ramai berhubung kelestarian Sungai Melaka.

“Jika hanya harapkan kami untuk melakukan tugas pembersihan, hasrat untuk meningkatkan tahap kelestarian dan kualiti Sungai Melaka menjadi sukar,” katanya.

Ends//

 

Pix 1. SHAHRUL Nizam

Pix 2. Bersih 2 – MUHAMMAD Syakir

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1114
Kongsi :
Previous post WRUR DUYONG LEBIH INKLUSIF, FOKUS KOMUNITI SETEMPAT
Next post MAIM PERMUDAH HIDUP BAHARU PASANGAN MUALAF