Sorting by

×

JAKET KESELAMATAN KUKUH BUDAYA KESELAMATAN KAKITANGAN PUTRA SPECIALIST HOSPITAL

Masa Membaca:1 Minit, 21 Saat

KOTA LAKSAMANA 12 April – Putra Specialist Hospital Melaka Sdn Bhd mengambil langkah proaktif memperkukuh keselamatan warga kerja menerusi pelancaran jaket keselamatan khusus bagi penunggang motosikal.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd Zahiruddin Ahmad berkata keselamatan penunggang motosikal merupakan aspek penting dalam memastikan kelancaran operasi hospital serta kesejahteraan kakitangan ketika berada di jalan raya.

Menurut beliau, inisiatif itu bukan sekadar penyediaan kelengkapan keselamatan, malah sebahagian daripada usaha strategik hospital dalam mewujudkan persekitaran kerja yang selamat, efisien dan profesional.

“Pelancaran ini mencerminkan komitmen pihak hospital dalam meningkatkan tahap keselamatan, keterlihatan serta kesiapsiagaan kakitangan ketika menggunakan motosikal sebagai pengangkutan harian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pelancaran Jaket Keselamatan Putra Specialist Hospital Melaka Sdn. Bhd. yang disempurnakan oleh Ketua Polis Melaka, Datuk Dzulkhairi Mukhtar pada Jumaat.

Dalam pada itu, Dzulkhairi ketika berucap berkata inisiatif pemakaian jaket keselamatan penunggang motosikal ini perlu diperluaskan dan dijadikan contoh kepada organisasi lain dalam usaha membudayakan keselamatan dalam rutin harian.

Bagaimanapun, katanya, keselamatan jalan raya bukan hanya bergantung kepada kelengkapan semata-mata, sebaliknya memerlukan disiplin serta tahap kesedaran tinggi setiap individu termasuk pematuhan undang-undang lalu lintas dan penggunaan topi keledar.

“Isu kemalangan jalan raya khususnya melibatkan penunggang motosikal masih lagi menjadi antara penyumbang utama kepada statistik kemalangan di negara ini selain golongan yang paling terdedah kepada risiko kecederaan mahupun kematian sekiranya berlaku kemalangan.

“Justeru, langkah-langkah pencegahan termasuk pemakaian jaket keselamatan adalah satu usaha signifikan dan perlu diperkasakan,” katanya.

Pada majlis tersebut, turut berlangsung Rumah Terbuka Aidilfitri dengan kehadiran kira-kira 2,000 pengunjung yang menghimpunkan kakitangan, rakan strategik termasuk doktor, ejen insurans serta rakan perniagaan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

305
Kongsi :
Previous post ‘SITI NURHALIZA MELAKA’ MERIAHKAN RUMAH TERBUKA AIDILFITRI DUN PENGKALAN BATU
Next post KAMPUNG DIGITAL: JAMBATAN MASA HADAPAN PENDUDUK LUAR BANDAR