
Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands ditutup akibat tanah runtuh
IPOH 19 Sept.- Laluan Persekutuan FT 185 Seksyen 43.9 di Jalan Simpang Pulai-Blue Valley menghala ke Cameron Highlands ditutup sepenuhnya kepada semua kenderaan atas faktor keselamatan, akibat hujan lebat yang berterusan semalam.
Jabatan Kerja Raya Daerah Kinta dalam satu kenyataan malam tadi menyatakan notis penutupan itu berkuat kuasa jam 9 malam sehingga ke tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
“Pengguna jalan raya boleh menggunakan laluan alternatif Jalan Persekutuan FT 059 Jalan Tapah-Cameron Highlands untuk jalan perhubungan sementara. Kesulitan amatlah dikesali,” menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu menyebut kejadian membabitkan laluan sepanjang 30 meter dengan kedalaman 4.57 meter, dikesan berlaku kira-kira pukul 5.45 petang tadi dan berkemungkinan berlaku disebabkan faktor hujan yang berterusan dan menyebabkan struktur tanah lemah dan tidak kukuh.
“Pemantauan Jabatan Kerja Raya Daerah dan pihak konsesi Jalan Persekutuan akan dilakukan dari semasa ke semasa,” menurut kenyataan itu lagi.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
HEBAT SIRI 1/2026 SELESAI 271 ADUAN RAKYAT MELAKA
SERI NEGERI 4 Februari - Program Hari Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Bertemu Rakyat (HEBAT) siri pertama tahun 2026...
ASNAF MAIM BERSYUKUR ADA CAHAYA SAMBUT RAMADAN, SYAWAL
TELOK MAS 4 Februari - Hanya rasa syukur dapat dipanjatkan golongan asnaf dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Telok Mas apabila...
HIASAN KETUPAT, BUNGA MALAI SERLAH SEMANGAT PERPADUAN TAHUN BAHARU CINA DI MELAKA
MACHAP JAYA 4 Februari - Hiasan sempena Tahun Baharu Cina di Kampung Baru Permai Machap Umboo tahun ini dianggap istimewa...
FESTIVAL HELLO KOMODITI SUNGAI RAMBAI BERLANGSUNG 3 HARI 3 MALAM
SUNGAI RAMBAI 4 Februari - Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Rambai sekali lagi menjadi tuan rumah bagi penganjuran Festival Hello...
LEBIH 1,000 PILI BOMBA DI MELAKA ROSAK, VANDALISME ANTARA PUNCA
BUKIT KATIL 4 Februari – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka merekodkan sebanyak 1,122 unit pili bomba yang rosak...
MPJ PERKEMAS GERAK KERJA 2026 DEMI PERKHIDMATAN TERBAIK UNTUK WARGA JASIN
JASIN 4 Februari - Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) melaksanakan Bengkel Perancangan Sasaran Kerja Utama (SKU) 2026 bagi merangka hala tuju...
