
Jalani saringan Covid-19 kedua atau didakwa
KUALA LUMPUR 25 Julai – Kerajaan memberi tempoh dua hari sehingga esok kepada 2,897 individu dikuarantin wajib di rumah yang masih gagal menjalani ujian saringan COVID-19 kali kedua pada hari ke-13 kuarantin untuk berbuat demikian.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sekiranya mereka gagal berbuat demikian dalam tempoh dua hari ini, mereka akan ditahan, direman dan dihadapkan ke mahkamah.
“Tiada lagi kompromi, amaran dan nasihat kerana mereka boleh membahayakan nyawa orang lain. Kalau degil juga pada Isnin polis akan tangkap dan tahan mereka…tiada kompaun, ‘charge’ (dakwa) di mahkamah terus,” katanya pada sidang media mengenai perkembangan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Pusat Dagangan Dunia Putra, di sini hari ini.
Ismail Sabri berkata perkara itu dipersetujui dalam Mesyuarat Khas Menteri-menteri berkenaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Pejabat Perdana Menteri, di Putrajaya hari ini.
“Kerajaan memandang serius perkara ini kerana ada  kes lepas mendapati ada antara mereka (individu dikuarantin wajib di rumah) yang positif pada hari ke-13 dan kita takut mereka potong sendiri ‘wristband’. Kita nak ingatkan bahawa kita ada (maklumat) nama dan alamat mereka,” tegasnya.
— BERNAMA
Views:
Related


Berita Lain
WTE: SISTEM PENGURUSAN SISA PEPEJAL MELAKA SETARAF NEGARA MAJU
SUNGAI UDANG 2 April - Masalah kapasiti sampah di Tapak Pelupusan Sanitari Sungai Udang bakal diatasi apabila Loji Waste To...
AGENDA MELAKA LESTARI, BERDAYA TAHAN FOKUS UTAMA KERAJAAN NEGERI
SUNGAI UDANG 2 April - Kerajaan Melaka sentiasa meletakkan pembangunan mampan sebagai teras utama dalam mencorakkan masa depan negeri ini,...
SISA BUANGAN JADI SUMBER TENAGA BERNILAI
SUNGAI UDANG 2 April - Pembinaan Loji Waste-to-Energy (WtE) Sungai Udang menjadikan sistem pengurusan pepejal di Melaka lebih sistematik, mewujudkan...
‘HADIAH’ MASJID BAHARU UNTUK PENDUDUK TAMAN DESA BERTAM
SUNGAI UDANG 2 April - Penduduk Taman Desa Bertam bakal menerima masjid baharu hasil sumbangan daripada Malakoff Corporation Berhad. Berita...
LOJI WTE SUNGAI UDANG BEROPERASI 2029
SUNGAI UDANG 2 April - Melaka melakar satu lagi pencapaian menerusi pembinaan Loji Waste-to-Energy (WtE) Sungai Udang yang akan menjadi...
SUKAN ORANG ASLI ANTARA 115 PROGRAM MENARIK WRUR DUN ASAHAN
BANDARAYA MELAKA 2 April - Penganjuran Sukan Orang Asli Peringkat Negeri Melaka antara 115 program yang disusun sempena program Wakil...
