Sorting by

×

JANGAN ADA ANAK PAYA RUMPUT TERCICIR SEKOLAH

Masa Membaca:1 Minit, 20 Saat

PAYA RUMPUT 18 Februari – Tiada seorang anak dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput akan dibiarkan tercicir daripada arus pendidikan.

Itu tegas Datuk Rais Yasin selaku Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) kawasan itu yang bertekad memastikan setiap murid dan pelajar mendapat pendidikan berkualiti daripada segenap sudut seterusnya membasmi isu keciciran di sekolah.

Jelas beliau, pihaknya sentiasa memantau dan sedia menghulurkan bantuan kepada murid dan pelajar yang mempunyai kekangan kewangan untuk meneruskan pelajaran.

Bagaimanapun, katanya, setakat ini tiada isu keciciran pelajar yang serius dilaporkan di DUN Paya Rumput terutama melibatkan keluarga kurang berkemampuan.

“Saya pantang kalau ada anak-anak tak pergi sekolah sebab tak mampu. Tak guna saya jadi wakil rakyat kalau tak boleh selesaikan perkara asas seperti ini.

“Sekiranya keluarga itu mempunyai masalah kewangan untuk hantar anak ke sekolah, kami pasti akan santuni dan membantu,” katanya dalam wawancara khas bersama Melaka Hari Ini sempena Karnival Demi Paya Rumput.

Beliau yang juga Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri berkata, pendekatan menangani isu keciciran perlu lebih menyeluruh dengan memberi tumpuan kepada institusi keluarga dan bukannya di pihak sekolah semata-mata.

Selaku Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Paya Rumput berpandangan isu ponteng sekolah tidak mampu ditangani tanpa sokongan padu semua pihak termasuk pemimpin setempat.

“Ada kes ibu bapa tahu anak tidak ke sekolah dan biarkannya sehingga anak itu sebenarnya sudah hilang minat dan mula bekerja.

“Di sini peranan dan usaha wakil rakyat untuk membantu menjaga kebajikan ketua isi keluarga dan memastikan setiap daripadanya mendapat bantuan sewajarnya,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

758
Kongsi :
Previous post MELAKA ANJUR TAHLIL UNTUK BEKAS PEJUANG KEMERDEKAAN PADA 20 FEBRUARI
Next post RAMADAN WAKTU TERBAIK TINGKAT AMAL IBADAH, ERAT SILATURAHIM