Sorting by

×

JAS SALUR RM100,000 HIJAUKAN SK KAMPUNG TUN RAZAK

Masa Membaca:1 Minit, 12 Saat

BUKIT KATIL 27 November – Warga Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Tun Razak menerima kemudahan rumah hijau bagi tanaman sayuran dan akuaponik (ikan air tawar) daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS) menerusi inisiatif Sekolah Angkat Madani (SAM) melibatkan peruntukan berjumlah RM100,000.

Dana berkenaan juga akan digunakan bagi melaksanakan Projek Pendigitalan Pusat Sumber SK Kampung Tun Razak, sekali gus memberikan manfaat menyeluruh kepada warga sekolah berkenaan.

Ketua Pengarah JAS Datuk Wan Abdul Latiff Wan Jaffar berkata, SK Kampung Tun Razak menjadi sekolah ke-16 di Melaka yang menerima manfaat hasil daripada pelaksanaan SAM.

“Pemilihan adalah berdasarkan kepada komitmen tinggi warga SK Kampung Tun Razah dalam amalan lestari, manfaatkan infrastruktur mesra alam dan mendukung aspirasi Sekolah Lestari Anugerah Alam Sekitar (SLAAS).

“Sebenarnya sekolah ini adalah penerima Anugerah SLAAS Peringkat Negeri Melaka bagi sesi 2023/2024. Melalui program ini, setiap sekolah terpilih menerima peruntukan sebanyak RM100,000 bagi melaksanakan projek yang ditetapkan mengikut Garis Panduan Pelaksanaan SAM,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Perasmian SAM serta Peluncuran Buku Garis Panduan Pelaksanaan dan Penilaian SLAAS di SK Kampung Tun Razak, di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengarah JAS Negeri Melaka, Rosli Mustafa dan Guru Besar SK Kampung Tun Razak Norazman Hussin serta kenamaan lain.

Mengulas lanjut, Wan Abdul Latiff berkata SAM digerakkan melalui kerjasama strategik antara JAS, sekolah dan komuniti setempat dalam usaha memperkukuh pendidikan berasaskan nilai MADANI serta kelestarian di peringkat akar umbi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

1189
Kongsi :
Previous post 200 PESERTA EKSPEDISI TEROKA TAPAK BERSEJARAH MELAKA
Next post VIDEO JETSKI TULAR HANYA PENGGAMBARAN FILEM – PPSPM