
JELAJAH USAHAWAN MANA LAGI…MELAKA LER, LUASKAN PASARAN PRODUK TEMPATAN
SERI NEGERI 11 Disember – Kerajaan Negeri memperuntukkan sejumlah RM300,000 menerusi Bajet Negeri Melaka 2026 bagi membantu usahawan memperluaskan pasaran produk mereka menerusi Program Jelajah Usahawan Mana Lagi…Melaka Ler.
Exco Pembangunan Usahawan Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri Allex Seah Soh Chin berkata, menerusi pelaksanaan program itu usahawan Melaka akan dibawa ke negeri terpilih untuk memasarkan produk mereka.
“Kita bahu bantu usahawan Melaka tembusi pasaran domestik atau antarabangsa. Bagi setiap siri jelajah kita akan membawa 20 hingga 30 usahawan ke negeri atau lokasi sudah ditentukan.
“Malah medium ini juga secara tidak langsung dapat mengetengahkan produk Melaka ke pasaran luar secara lebih meluas,” katanya pada sidang media bersempena Persidangan Ketiga (Bajet) Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri Melaka Kelima Belas, di sini, semalam.
Menurut Allex, bagi pelaksanaan program jelajah itu pihaknya sudah mengadakan perjumpaan bersama Exco Usahawan dari Pulau Pinang.
“Program jelajah ini pertama kali diadakan dan kita amat berharap agar ia akan memberi manfaat kepada usahawan, sekali gus membantu mereka menjana pendapatan,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
PERAHU NAGA ‘GERGASI’ BAKAL PUKAU ORANG MELAKA
SERI NEGERI 13 Mac - Perahu naga terbesar sepanjang kira-kira 30.50 meter dari Shuang Rao, China bakal dipamerkan di Melaka...
57 DITANGKAP TAK PUASA DI MELAKA
BEMBAN 13 Mac – Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) setakat ini merekodkan 141 tangkapan melibatkan pelbagai kesalahan sepanjang Ramadan tahun...
BUANG SAMPAH: 85 TERMASUK REMAJA DI MELAKA BAKAL JALANI KHIDMAT MASYARAKAT
KLEBANG 13 Mac - Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) Melaka telah mengenal pasti 85 individu di negeri...
TUN DR. MOHD ALI RASMI MASJID AL-HAKEEM, TEHEL
BEMBAN 13 Mac – Yang di-Pertua Negeri Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam merasmikan Masjid Al-Hakeem, Tehel sempena...
POLIS MARIN GAGALKAN CUBAAN SELUDUP PATI KE MELAKA, LAPAN DITAHAN
TELOK MAS 13 Mac - Cubaan menyeludup masuk lapan pendatang asing tanpa izin (PATI) melalui jalan laut tidak kesampaian selepas...
25,000 EKOR AYAM SEGAR MURAH UNTUK ORANG MASJID TANAH
LENDU 13 Mac - Umat Islam di semua lima Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Masjid Tanah berpeluang mendapatkan ayam...
