Sorting by

×

JKM PERLUAS PROGRAM KASIH KANAK-KANAK KE 20 BUAH SEKOLAH

Masa Membaca:1 Minit, 18 Saat

REMBIA 4 Ogos – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Melaka menyasarkan untuk memperluaskan Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak: Kasih Kanak-Kanak ke 20 buah sekolah seluruh negeri sehingga hujung tahun ini.

Pengarah JKM Melaka, Halyjah Muhamad berkata, program dilaksanakan itu adalah antara usaha memastikan kanak-kanak khususnya mendapat persekitaran selamat.

“Sepanjang tahun lalu JKM sudah turun dan laksanakan program ini di 30 buah sekolah, sementara itu tahun pula ini kita sasarkan sebanyak 20 buah sekolah akan disantuni.

“Program seumpama ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan memberikan pendedahan kepada murid mengenai talian talian 15999 yang amat berguna dalam situasi cemas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Program Advokasi Perlindungan Kanak-Kanak: Kasih Kanak-Kanak bersempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rembia yang disempurnakan Penyelaras DUN Rembia, Datuk Fairul Nizam Roslan di Sekolah Kebangsaan (SK) Alor Gajah I, di sini, hari ini.

Menurut Halyjah, kanak-kanak khususnya berhak dilindungi daripada segala bentuk penderaan fizikal, emosi, seksual mahupun pengabaian seperti digariskan dalam Akta Kanak-Kanak.

“Kita inginkan anak-anak membesar dalam suasana dan persekitaran harmoni, selamat dan disayangi justeru itu JKM amat prihatin dengan isu keselamatan kanak-kanak,” katanya.

Halyjah berkata, setakat Julai 2025 pihaknya menerima sebanyak 27 aduan membabitkan kanak-kanak dan 17 daripadanya melibatkan kes penderaan.

“Sebaik aduan diterima JKM akan turun padang bagi melakukan siasatan bagi memastikan dakwaan itu benar atau sebaliknya. Kami perlu teliti dalam hal ini kerana bukan semua aduan itu sahih, tetapi sebagai jabatan bertanggungjawab kami tetap santuni setiap maklumat diterima,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

846
Kongsi :
Previous post UMMICARE MAIM TAMBAH ILMU KEPADA IBU ASNAF SELEPAS BERSALIN