Sorting by

×

JKR MELAKA SIAPKAN 70 PROJEK CAKNA MADANI TAHUN INI

Masa Membaca:1 Minit, 16 Saat

ASAHAN 12 April – Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Melaka bakal menyiapkan 70 projek di bawah Program Cakna MADANI pada tahun ini.

Timbalan Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri Datuk Zahari Abd Kalil berkata, antara projek tersebut adalah pembinaan Dewan Serbaguna Terbuka Berbumbung Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Selandar.

Menurut beliau, di dalam daerah Jasin sebanyak dua sekolah terpilih bagi pembinaan Dewan Serbaguna Terbuka Berbumbung (DSTB) bagi tahun ini, di mana ia akan disiapkan pada tahun semasa supaya dapat dimanfaatkan oleh warga sekolah dan masyarakat setempat.

“Di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Selandar telah terpilih menerima DSTB yang mana tempoh masa projek ini selama 28 minggu dan akan siap pada 12 Oktober 2026.

“Kontraktor juga telah dilantik dan akan dipastikan siap mengikut jadual ditetapkan tanpa menjejaskan aspek kualiti, keselamatan serta pematuhan kepada spesifikasi teknikal dan kejuruteraan yang ditetapkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Penyampaian Surat Setuju Terima (SST) Pembinaan Dewan Serbaguna Terbuka Berbumbung (DSTB) dan Gelanggang Serbaguna Terbuka Berbumbung SMK Selandar yang disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Asahan Datuk Fairul Nizam Roslan, pada Jumaat.

Hadir sama, Pegawai Daerah Jasin Datuk Rahizi Ranom dan Pengetua SMK Selandar Muhammad Safuan Chai Abdullah serta kenamaan lain.

Mengulas lanjut, Zahari turut memaklumkan bahawa JKR Jasin sebagai agensi pelaksana projek akan sentiasa memantau pembinaan DSTB supaya dapat siap dengan jayanya.

“Dedikasi dan kerjasama erat semua pihak penting bagi memastikan kecemerlangan pelaksanaan projek pembangunan awam di negeri ini,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

267
Kongsi :
Previous post KAMPUNG DIGITAL: JAMBATAN MASA HADAPAN PENDUDUK LUAR BANDAR
Next post SEDIAKAN LOT KUBUR SIAP DIGALI, LANCARKAN URUSAN PENGEBUMIAN JENAZAH UMAT ISLAM