
Johor larang kegiatan politik di masjid dan surau
KULAI, 18 Feb – Tokoh dan pemimpin daripada mana-mana parti politik tidak dibenarkan mengadakan sebarang kegiatan politik di dalam masjid dan surau di seluruh negeri Johor berkuat kuasa serta-merta.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Tosrin Jarvanthi berkata ketetapan itu diambil oleh Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ).
Beliau berkata setiap kadi daerah dipertanggungjawabkan untuk memastikan tiada sebarang kegiatan politik termasuk majlis ceramah mahupun memberikan ucapan di masjid dan surau di kawasan mereka.
“Bahagian Pengurusan Masjid dan Surau JAINJ mengambil ketetapan tidak dibenarkan mana-mana tokoh dan pemimpin politik walaupun daripada parti kerajaan yang memerintah, menggunakan masjid serta surau untuk sebarang kegiatan politik,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Tosrin berkata sekiranya perkara seumpama itu berlaku, ia akan dirujuk kepada Bahagian Fatwa Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) bagi memutuskan tindakan lanjut.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Mac ini sebagai tarikh pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, manakala tarikh penamaan calon pada 26 Feb dan pengundian awal pada 8 Mac.- BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
AIDILFITRI: ZON BEBAS KENDERAAN BERMULA 26 HINGGA 30 MAC
BANDA HILIR 25 Mac - Sempena Aidilfitri ini, Zon Bebas Kenderaan di Banda Hilir akan bermula lebih awal iaitu pada...
‘GENG HARRAZ’ AKTIF CURI KENDERAAN, PECAH RUMAH DI MELAKA TUMPAS
AYER KEROH 25 Mac - Polis Melaka berjaya menumpaskan kumpulan dikenali sebagai 'Geng Harraz' yang aktif melakukan kecurian kenderaan, pecah...
POLIS MELAKA DAPAT NAIK MELAKA RIVER CRUISE PERCUMA
BANDARAYA MELAKA 25 Mac - Seluruh anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) Negeri Melaka berpeluang menikmati keindahan Sungai Melaka menerusi produk...
HOSPITAL MELAKA CARI WARIS PESAKIT LELAKI TIADA IDENTITI DIRAWAT DI ICU
PENGKALAN BATU 25 Mac - Hospital Melaka memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan waris pesakit lelaki tanpa identiti yang kini...
CUACA PANAS DIJANGKA BERTERUSAN HINGGA JUN – METMALAYSIA
KUALA LUMPUR, 25 Mac - Fenomena cuaca panas yang sedang melanda negara ketika ini dijangka berterusan hingga awal Monsun Barat...
PERTANDINGAN TIKTOK MERIAHKAN RAYA DI MASJID TANAH
AYER LIMAU 25 Mac - Pertandingan TikTok Sempena Hari Raya Aidilfitri 2026 di Masjid Tanah memberi peluang kepada penduduk setempat...
