
Jom kembara ilmu di tiga muzium
AYER KEROH 31 Julai – Pelajar Institusi pendidikan tinggi (IPT) dan sekolah berpeluang menikmati Pakej Kembara Ilmu – Educational Tour pada harga RM30 seorang.
Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) Erne Hamsah berkata, insiatif itu memberi pengalaman kepada para pelajar menambah ilmu tentang tiga muzium ditawarkan dalam pakej itu.
“Antara muzium terlibat adalah Muzium Sejarah & Ethnografi, Muzium Istana Kesultanan Melaka dan Muzium Hang Tuah.
“Pihak PERZIM menawarkan kepada semua pelajar sekolah serta IPT untuk menyertai kembara ilmu ini, mereka boleh memilih untuk masuk sesi pagi atau petang pada hari bekerja sahaja.
“Pakej ini amat berbaloi dan dapat memberikan peluang kepada anak-anak muda untuk mempelajari tentang sejarah-sejarah yang ada di Kota Melaka,” katanya.
Menurut Erne, pakej itu bermula sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan dan ia mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.
“Jadi kita ingin merancakkan kembali kembara ini dan pelbagai aktiviti akan diadakan seperti permainan tradisional, lawatan berpandu ke dalam muzium, menjawab kuiz dan aktiviti.
“Dengan bayaran pakej itu pelajar turut diberikan makan tengah hari, tiket masuk muzium, ‘goodie’ dan sijil penyertaan,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
CAPAI KEMAJUAN 50 PERATUS, RTB DI MELAKA BERFUNGSI DENGAN BAIK KURANGKAN BANJIR
PAYA RUMPUT 8 Mac - Beberapa projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di Negeri Melaka kini telah mencapai kemajuan fizikal lebih...
FORESTAY TAMAN BOTANIKAL BAKAL DIBERI IMEJ BAHARU
AYER KEROH 8 Mac - Majlis Perbandaran Hang Tuah Jaya (MPHTJ) bakal membangunkan semula 'Forestay' di Taman Botanikal Melaka, di...
BUANG SAMPAH: 978 INDIVIDU BAKAL JALANI PERINTAH KHIDMAT MASYARAKAT
AYER KEROH 8 Mac - Seramai 978 individu telah diberikan notis pemberitahuan kesalahan berkaitan pembuangan sampah menerusi pelaksanaan Perintah Khidmat...
TERIMA KASIH KERANA HARGAI PENGORBANAN KAMI
TABOH NANING 8 Mac - Berbuka puasa sendirian dalam perjalanan ke tempat bertugas antara pengorbanan petugas barisan hadapan yang jarang...
PELAJAR MALAYSIA DIMINTA TANGGUH PERJALANAN KE TIMUR TENGAH
BANDARAYA MELAKA 7 Mac - Pelajar Malaysia yang mendapat tawaran melanjutkan pengajian ke universiti di Timur Tengah dinasihatkan untuk menangguhkan...
MELAKA PERLUAS KEMPEN INTERNET SELAMAT, SASAR 200 PROGRAM KOMUNITI
AYER KEROH 7 Mac - Melaka akan memperluaskan Kempen Internet Selamat sepanjang tahun ini dengan sasaran sebanyak 200 program melibatkan...
