JPJ Melaka lelong 153 kenderaan bermula RM6

Masa Membaca:57 Saat

BUKIT KATIL 2 Sept. – Sebanyak 153 kenderaan pelbagai jenama yang disita tidak dituntut telah dilelong Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka bermula pada harga RM6.

Pengarah JPJ Melaka Muhammad Firdaus Shariff berkata, kenderaan yang dilelong membabitkan kenderaan pelbagai jenama termasuk motosikal, kereta, van dan lori menerima sambutan sejak awal pagi tadi.

Katanya, kenderaan yang dibida dengan harga nilaian keseluruhan sebanyak RM494,930 menerima sambutan lebih 300 pembida dari seluruh negara termasuk Kedah, Perak, Kuala Lumpur, Johor serta pelbagai lagi.

“Setakat ini kenderaan yang dibida serendah RM6 hingga RM14,000 sedang dilelong membabitkan kenderaan pelbagai guna (MPV), serta pelbagai lagi.

“JPJ Melaka menyasarkan kutipan keseluruhan bidaan pada program yang dilaksanakan pada hari ini adalah sebanyak RM2 juta.

“Setiap kenderaan yang dilelong merupakan kenderaan yang disita dan tidak dituntut dalam tempoh yang ditetapkan malah kebanyakkannya menyalahi kesalahan disebabkan merupakan kenderaan klon,” katanya ketika ditemui pemberita pada Program Lelongan Kenderaan Awam Sita di JPJ Melaka, pagi tadi.

Program yang dimulakan sejak sembilan pagi tadi telah menerima sambutan hebat sehingga menyebabkan kesesakan kecil di pejabat berkenaan.

Bagaimanapun, program yang diadakan tersebut turut menekankan prosedur operasi standard (SOP) yang ditekankan bagi memastikan keselamatan orang awam terjamin.

Views:

923
Kongsi :
Previous post SPRM belum buka kertas siasatan 101 tender rundingan terus
Next post SPRM tidak sekat Lim Guan Eng memasuki Sabah
Ubah saiz-+=