Sorting by

×

JPJ MELAKA SIASAT ‘BAS PINK’ POTONG GARISAN BERKEMBAR

Masa Membaca:50 Saat

AYER KEROH 31 Januari – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Negeri Melaka mengambil tindakan segera bagi menyiasat insiden Bas.my atau ‘bas pink’ yang didapati melakukan kesalahan memotong kenderaan lain di garisan berkembar.

Kesalahan itu dikesan selepas video berdurasi 14 saat dipercayai berlaku di sekitar Klebang tular di media sosial.

Pengarah JPJ Negeri Melaka Siti Zarina Mohd Yusop berkata, pihaknya telah mengeluarkan Notis Siasatan di bawah Seksyen 114 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 kepada pemilik syarikat untuk hadir ke JPJ Melaka serta mengemukakan maklumat pemandu semasa kejadian.

“Jika terbukti melakukan kesalahan, JPJ Negeri Melaka akan mengeluarkan notis saman P(22) di bawah Kaedah 17B(1) Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 iaitu kesalahan memotong kenderaan di garisan berkembar.

“Kesalahan ini boleh mengenakan kompaun maksimum kompaun sehingga RM300 ke atas pemandu,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau, JPJ Negeri Melaka juga akan meneliti dan menyiasat sekiranya berlaku lain-lain kesalahan berkaitan semasa proses temu siasat bersama syarikat dan pemandu bas.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

303
Kongsi :
Previous post ‘SATU MINGGU, SATU ARTIFAK’ INISIATIF PERZIM TARIK MINAT RAKYAT DALAMI SEJARAH MELAKA
Next post ENAM TAHUN DARJAH SATU: MELAKA ADAKAN LIBAT URUS PERTENGAHAN TAHUN INI