Sorting by

×

JPKK PANTAI ROMBANG EDAR 150 KIT SARAPAN HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN

Masa Membaca:1 Minit, 0 Saat

PANTAI KUNDOR 12 Januari – Sarapan ringkas roti dan air kotak bukan sahaja menjadi pengalas perut, sebaliknya membantu menghilangkan debaran terutama dalam kalangan murid Tahun Satu dari Kampung Pantai Rombang yang memulakan hari pertama persekolahan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Pantai Rombang, Muhammad Shafiq Ab Majid berkata, inisiatif itu bertujuan menyemarakkan semangat selain memberi galakan kepada ibu bapa serta anak-anak agar lebih bersemangat dalam menghadapi sesi persekolahan baharu.

Katanya, program santai bermula seawal jam 6.45 pagi tadi merupakan inisiatif JPKK dan kepimpinan Pantai Rombang.

“Kit sarapan ini kita menyasarkan 150 murid tadika, sekolah rendah dan sekolah menengah, sekali gus membantu memastikan mereka memulakan hari persekolahan dengan lebih bertenaga dan ceria.

“Penganjuran program ini secara santai bertujuan meringankan beban keluarga, malah menjadi tanda keprihatinan terhadap kebajikan pendidikan anak-anak kampung.

“Inisiatif ini diharap dapat memberi suntikan motivasi kepada pelajar untuk hadir ke sekolah dengan semangat yang tinggi, selain menggalakkan ibu bapa terus memberi sokongan penuh terhadap pendidikan anak-anak,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Jelasnya, program tersebut turut mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk setempat yang menyifatkannya sebagai satu langkah positif dalam menyokong pembangunan pendidikan di peringkat akar umbi

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

5089
Kongsi :
Previous post RM35 JUTA UNTUK TRANSFORMASI SEKOLAH DAIF MELAKA
Next post MAIM BIMBING AISYAH LEBIH MENGENALI ISLAM