
JURUTEKNIK MAUT SELEPAS VAN DIPANDU BERLANGGAR DENGAN TRELER
Ketua Polis Daerah Dungun Supt Maizura Abdul Kadir berkata Muhammad Aliff Fakrullah, 21, dari Kampung Paman, Kemaman meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah dalam kemalangan pada 8.08 malam itu.
Beliau berkata kemalangan dipercayai berlaku semasa van yang dipandu Muhammad Alif dari arah Kuala Terengganu menghala ke Kemaman cuba memotong sebuah kenderaan lain, apabila ia berlanggar dengan sebuah treler dari arah bertentangan.
“Pelanggaran menyebabkan van remuk dan pemandu tersepit di tempat duduknya,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Maizura berkata mayat dikeluarkan pasukan bomba dan dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk tindakan lanjut.
Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MITC TERIMA PENGIKTIRAFAN ASEAN TOURISM AWARDS 2026-2028
AYER KEROH 30 Januari - Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) sekali lagi meraih pencapaian membanggakan apabila berjaya memenangi ASEAN Tourism...
SABK PACU KECEMERLANGAN SM IMTIAZ ULUL ALBAB – MAIM
LENDU 30 Januari – Sekolah Menengah (SM) Imtiaz Ulul Albab Melaka kini melangkah ke fasa baharu kecemerlangan selepas secara rasminya...
PUTRA 2 MELAKA DIPACU TEKNOLOGI PERUBATAN TERKINI
AYER KEROH 30 Januari - Sektor kesihatan Negeri Melaka terus diperkasa menerusi pelbagai usaha dan jalinan kerjasama strategik bersama syarikat...
PPSPM LAKSANA INISIATIF HIJAU, SEMAI BUDAYA CINTAI ALAM SEKITAR
DUYONG 30 Januari - Perbadanan Pembangunan Sungai dan Pantai Melaka (PPSPM) melaksanakan aktiviti penanaman pelbagai jenis pokok di sekitar perkarangan...
LESEN MOTOSIKAL PERCUMA ‘MELAKA SAYANG RAKYAT’ DIBUKA BERMULA MAC
AYER KEROH 30 Januari - Program Melaka Sayang Rakyat (MeSRa) Lesen Motosikal Percuma di bawah inisiatif Bajet Negeri Melaka 2026...
UTEM BANGUNKAN MAKMAL AI BERSAMA INSTITUSI TEKNIKAL SLOVAKIA
AYER KEROH 30 Januari - Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) menjadi institusi pertama di Malaysia yang menjalin kerjasama strategik dalam...
