Sorting by

×

KAGUM WIBAWA ‘YB HELMY’, LEE KIM CHOO MAHU PINDAH KE DUYONG

Masa Membaca:1 Minit, 22 Saat

SERI NEGERI 4 Februari – Keterujaan jelas terpancar pada wajah, Lee Kim Choo, 54, ketika menyatakan hasrat untuk menukar alamat dan menetap di Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong.

Kim Choo berkata, keputusan itu didorong rasa kagum terhadap kepimpinan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Duyong, Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem yang disifatkan pandai menjaga kebajikan rakyat tanpa mengira bangsa atau agama.

Ibu kepada dua anak itu berkata, dia sanggup hadir seawal jam 8 pagi ke Hari Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Bersama Rakyat Negeri Melaka (HEBAT) di Kompleks Seri Negeri, di sini, hari ini bagi menyempurnakan proses menukar alamat.

Dia yang tinggal di Taman Ayer Keroh Permai mahu menukar alamatnya ke DUN Duyong kerana mahu bertentang mata bersama idolanya iaitu Datuk Mohd Noor Helmy.

“Memang setiap hari saya akan buka Facebook untuk tonton kandungan yang dimuatnaik YB Helmy…Beliau (Mohd Noor Helmy) memang idola saya.

“Saya kagum dengan kerja keras beliau yang bantu semua penduduk di DUN Duyong tanpa kira kaum dan ini merupakan kali pertama bertemu, saya sudah ambil gambar bersamanya.

“Pada saya, beliau memang wajar untuk dipuji dan disanjung kerana kemesraan yang ditonjolkan tidak nampak pura-pura dengan semua orang. Saya akan tinggal di Duyong jika pertukaran alamat ini diluluskan,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada program berkenaan.

Sementara itu, ditanya mengenai program HEBAT, Kim Choo yang berasal dari Selangor memaklumkan dia sudah menetap di Melaka selama 31 tahun selepas berkahwin dan menyifatkan program berkenaan wajar dilaksanakan setiap bulan.

“HEBAT ini memang program yang sangat hebat, pada saya program ini membolehkan untuk rakyat bertemu secara terus dengan pemimpin negeri tanpa karenah birokrasi,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

464
Kongsi :
Previous post HEBAT SIRI 1/2026 SELESAI 271 ADUAN RAKYAT MELAKA
Next post DR. AKMAL MASIH MENJALANKAN TUGAS EXCO – KM