Sorting by

×

KAMPUNG DIGITAL: JAMBATAN MASA HADAPAN PENDUDUK LUAR BANDAR

Masa Membaca:1 Minit, 17 Saat

TANJUNG BIDARA 12 April – Kampung Digital menjadi pencapaian yang paling dekat di hati Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh sepanjang tiga tahun beliau menerajui Negeri Melaka.

Katanya setakat ini 82,000 rumah dan premis memperoleh manfaat hasil inisiatif itu khususnya daripada aspek transformasi luar bandar dengan identiti dan lokasi yang jelas melalui alamat digital.

“Bagi parlimen Masjid Tanah sebanyak 104 kampung telah selesai proses digitalisasi merangkumi 14,373 jumlah bangunan.

“Ini bukan sekadar teknologi tetapi jambatan masa depan untuk rakyat luar bandar. kata Ketua Menteri ketika berucap pada Majlis Meraikan Bakal Haji Dan Pesara Polis Dalam Parlimen Masjid Tanah yang diadakan di Villa D’Acqua, Masjid Tanah, di sini, hari ini.

Hadir sama isteri Ketua Menteri Datin Seri Utama Datuk Wira Zuriyah Ab Aziz, Exco Kerja Raya, Infrastruktur dan kemudahan awam dan Pengangkutan negeri Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer merangkap Adun Ayer Limau serta Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri Datuk Zulkiflee Mohd Zin merangkap Adun Taboh Naning.

Yang turut hadir Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rosli Abdullah merangkap Adun Kuala Linggi serta Adun Lendu Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali.

Turut hadir Timbalan Ketua Polis Melaka Datuk Ahmad Jefferi Abdullah, Ketua Polis Daerah Alor Gajah Superintendan Ahmad Abu Bakar seramai 255 pesara polis dan 155 bakal jemaah haji yang diraikan.

Inisiatif hasil cetusan idea Ketua Menteri menarik perhatian pelbagai pihak dan dijadukan sebagai penanda aras bagi pelaksanaan sistem alamat digital peringkat nasional.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

253
Kongsi :
Previous post JAKET KESELAMATAN KUKUH BUDAYA KESELAMATAN KAKITANGAN PUTRA SPECIALIST HOSPITAL
Next post JKR MELAKA SIAPKAN 70 PROJEK CAKNA MADANI TAHUN INI