Sorting by

×

KAMPUNG DIGITAL: JANGAN BERLENGAH TUKAR ALAMAT KAD PENGENALAN

Masa Membaca:1 Minit, 13 Saat

BEMBAN 5 Julai – Penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bemban yang sudah menerima alamat digital baharu diminta untuk segera menukar alamat pada kad pengenalan masing-masing.

Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh berkata, bagi memastikan tiada beban tambahan kepada rakyat, Kerajaan Negeri akan memberikan subsidi RM5 untuk proses berkenaan.

“Saya yakin, inisiatif Kampung Digital ini pastinya akan membawa perubahan positif dan memberi limpahan manfaat besar kepada masyarakat tempatan.

“Selepas ini harapnya tiada lagi masalah ambulans yang sesat mencari rumah ketika kecemasan hanya disebabkan alamat yang diterima tidak lengkap,” kata Ketua Menteri ketika berucap menyempurnakan Majlis Perasmian Penutup Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Bemban di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Jasin Lalang, hari ini.

Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Azhar Arshad; Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin; Exco Sains, Teknologi, Inovasi dan Komunikasi Digital merangkap Penyelaras WRUR, Datuk Fairul Nizam Roslan; Exco Pelancongan, Warisan, Seni dan Budaya negeri, Datuk Wira Abdul Razak Abdul Rahman; serta barisan Exco, Timbalan Exco dan pegawai kanan Kerajaan Negeri.

Proses mengedarkan dan menampal pelekat alamat digital di semua 37 kampung dalam DUN Bemban dijangka selesai sepenuhnya pada Ogos nanti.

Setakat ini alamat digital sudah diedarkan ke 16 kampung dan daripada jumlah itu proses menampal pelekat berkenaan sudah dilaksanakan di dua buah kampung iaitu Kampung Ulu Duyong dan Kampung Solok Hilir, melibatkan sebanyak 196 premis secara keseluruhan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

960
Kongsi :
Previous post WRUR BANTU RANCAKKAN PEMBANGUNAN DUN BEMBAN
Next post MEMARTABATKAN SENI WARISAN MELAYU, MANIFESTASI MENYATUKAN NUSANTARA