Sorting by

×

KAMPUNG DIGITAL MUDAHKAN URUSAN, PENDUDUK DUYONG PUJI USAHA KERAJAAN NEGERI

Masa Membaca:50 Saat

DUYONG 28 Mac – Pelaksanaan Kampung Digital di Perkampungan Hang Tuah disifatkan sebagai langkah tepat dalam memudahkan urusan harian penduduk.

Ghazali Idros, 68, berkata inisiatif itu membantu orang luar mencari alamat rumah dengan lebih mudah berbanding sebelum ini yang memerlukan mereka bertanya kepada penduduk tempatan bagi mengenal pasti lokasi yang mahu dituju.

“Dulu susah, kadang-kadang sampai sesat mahu cari rumah saudara mara, sekarang lebih senang sebab alamat sudah jelas

“Saya menetap di kampung ini sejak kecil, Alhamdulillah saya lihat penduduk di sini memberi kerjasama baik dan menyokong usaha Kerajaan Negeri melaksanakan alamat secara digital,” katanya ketika ditemui Melaka Hari Ini di kampung berkenaan.

Sementara itu Mohd Halim Seninudin, 39, berkata, Kampung Digital juga membantu menyeragamkan sistem alamat yang sebelum ini menggunakan penanda jarak seperti kilometer atau batu.

“Bagaimanapun, penambahbaikan masih diperlukan terutama melibatkan penyelarasan alamat dengan dokumen rasmi termasuk bil utiliti dan urusan perbankan.

“Inisiatif ini memang baik, cuma perlu diselarikan supaya lebih memudahkan semua urusan penduduk,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

249
Kongsi :
Previous post PELANCONGAN MELAKA TAWAN DUNIA
Next post PERATUSAN CALON SPM MELAKA LAYAK TERIMA SIJIL MENINGKAT