Sorting by

×

KANAK-KANAK LELAKI DITEMUI TERBARING DALAM BILIK, ADA KESAN MELECUR

Masa Membaca:1 Minit, 20 Saat

PAYA RUMPUT 16 Mei – Seorang kanak-kanak lelaki yang meninggal dunia selepas terperangkap dalam kebakaran di sebuah bilik dalam sebuah rumah di tingkat 6 Program Perumahan Rakyat (PPR) Krubong di sini ditemui dalam keadaan terbaring dengan sedikit melecur di bahagian badan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Penguasa Kanan Bomba II Mohd Shahrom Laji berkata, kebakaran itu bagaimanapun hanya melibatkan sebuah bilik sahaja dengan tahap kebakaran 50 peratus.

Jelasnya, seramai 17 anggota digerakkan ke lokasi sebaik menerima panggilan pada jam 2.30 petang dan tiba lapan kemudian untuk memadamkan kebakaran yang berlaku.

“Unit rumah berkenaan mempunyai tiga bilik dan kesemuanya tidak berkunci.

“Difahamkan ketika ditemui, keadaan mangsa terbaring dan terdapat kesan lecur namun tidak dapat dipastikan kadar kesan lecur itu,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata ketika kejadian, ibu mangsa serta lima anaknya termasuk mangsa berusia antara satu hingga 13 tahun berada dalam rumah.

“Ibu mangsa ada memaklumkan mangsa ada bermain pemetik api namun tidak dapat dipastikan sama ada kebakaran itu berpunca daripada kejadian itu atau sebaliknya berikutan punca kebakaran masih dalam siasatan.

“Siasatan itu termasuklah dengan memanggil pasukan K9 bagi mengenal pasti punca sebenar kebakaran,” katanya.

Tambahnya, api berjaya dikawal pada jam 3.24 petang dan mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak polis dan dihantar ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat.

Terdahulu, insiden itu turut mendapat perhatian Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Paya Rumput Datuk Rais Yasin.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

788
Kongsi :
Previous post HBN 2025: 13 ‘PORT’ AKTIVITI MENARIK UNTUK BELIA MELAKA
Next post MELAKA SEDIA RUMAH TRANSIT UNTUK KELUARGA MANGSA KEBAKARAN PPR PAYA RUMPUT