
KARNIVAL KERJAYA DUN AYER LIMAU TAWAR LEBIH 300 PELUANG PEKERJAAN
AYER LIMAU 20 Jun – Lebih 300 peluang pekerjaan ditawarkan pada Karnival Kerjaya Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau yang bakal berlangsung di Japerun Ayer Limau, esok.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Limau, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berkata, sebanyak lima agensi bakal membuka reruai dan menawarkan peluang pekerjaan menerusi sesi temuduga secara terus.
Beliau yang juga Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri berkata, peluang itu dibuka kepada seluruh warga DUN Ayer Limau untuk mendapatkan peluang pekerjaan di sekitar Melaka.
“Karnival Kerjaya DUN Ayer Limau ini akan bermula seawal jam 9 pagi hingga jam 4 petang.
“Antara yang membuka peluang penawaran pekerjaan membabitkan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA); Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM); Askar Wataniah serta pelbagai lagi.
“Kita harap peluang ini dapat digarap oleh pelajar-pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan mereka golongan anak muda yang kasih mencari kerja,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Untuk rekod, Karnival Kerjaya DUN Ayer Limau merupakan acara tahunan yang diadakan di DUN berkenaan bagi membuka peluang kepada anak-anak lepasan SPM yang mencari pekerjaan.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
LELAKI MAUT, 4X4 DIREMPUH TRELER KETIKA BERHENTI TEPI JALAN
ALOR GAJAH 17 Mac – Seorang lelaki maut selepas kenderaan pacuan empat roda (4x4) dipandunya dirempuh dari belakang oleh sebuah...
AB RAUF HARGAI PENGORBANAN 200 WARGA MBMB BERTUGAS DI AIDILFITRI
AYER KEROH 17 Mac - Pengorbanan kira-kira 200 warga Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) yang bertugas sempena sambutan Hari Raya...
BANDA HILIR DIJANGKA JADI TUMPUAN AIDILFITRI INI
AYER KEROH 17 Mac - Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) menjangkakan kehadiran pengunjung ke kawasan Banda Hilir mencecah lebih 50,000...
SKM SEMARAK IHYA RAMADAN KOPERASI MELAKA
AYER KEROH 17 Mac - Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) Cawangan Negeri Melaka menganjurkan Program Ihya Ramadan Bersama Gerakan Koperasi Negeri...
PARKIR PERCUMA TAMBAH KEMERIAHAN ‘MOOD’ RAYA DI MELAKA
PANTAI KUNDOR 17 Mac - Inisiatif parkir percuma selama seminggu membabitkan hampir 40,000 petak parkir di bawah pihak berkuasa tempatan...
RAMADAN BAWA KECERIAAN BUAT ANAK ISTIMEWA ALOR GAJAH
REMBIA 17 Mac - Raut ceria jelas kelihatan di wajah 137 pelatih asnaf Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Parlimen Alor...
