Sorting by

×

KARNIVAL MASJID TANAH; KAMPUNG KITA TARIK PERHATIAN ORANG LUAR MELAKA

Masa Membaca:1 Minit, 21 Saat

LENDU 19 Disember – Lima beranak sanggup menangguhkan perjalanan pulang ke Kota Tinggi, Johor semata-mata mahu menghadiri Forum Perdana 1 Jiwa 1 Impian bersempena penganjuran Karnival Masjid Tanah: Kampung Kita di Taman Rekreasi Bukit Beringin, di sini, semalam.

Noor Azilawati Zainal, 44, berkata secara kebetulan dia bersama suami ke Melaka untuk menjemput anak lelaki dan perempuan mereka yang belajar di dua tahfiz berbeza di Batu Berendam.

“Selepas mengetahui mengenai penganjuran forum ini dan salah seorang penal adalah Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malek kami sekeluarga mengambil keputusan untuk menghadiri forum dan bermalam di Masjid Tanah sebelum pulang ke Kota Tinggi.

“Sebagai orang luar Melaka program seumpama ini amat bagus, banyak perkara dikongsikan termasuk motivasi memberikan inspirasi untuk menjadikan kita sebagai seorang yang lebih bersemangat dalam hidup,” katanya ketika ditemui di tapak program Karnival Masjid Tanah: Kampung Kita di Taman Rekreasi Bukit Beringin.

Seorang lagi panel jemputan forum adalah Timbalan Mufti Negeri Pahang, Datuk Dr. Badli Shah Alauddin, manakala moderator pula Ustaz Shahrir Asraf Azmi.

Majlis ilmu itu turut dihadiri Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Bidara.

Hadir sama Ketua Menteri Melaka ke-12 merangkap Adun Lendu, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali serta Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri merangkap Adun Ayer Limau, Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer.

Yang turut hadir Timbalan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri merangkap Adun Taboh Naning, Datuk Zulkiflee Mohd Zin serta Timbalan Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri merangkap Adun Kuala Linggi Datuk Rosli Abdullah.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

333
Kongsi :
Previous post MEDIA MELAKA BANTU TINGKAT KEYAKINAN ANAK MUDA, IBU BAPA DALAM TVET
Next post WRUR BUKIT KATIL: KETUA MENTERI BERSARAPAN BERSAMA KOMUNITI BUKIT PULAU