
KEBAJIKAN PELAJAR TVET MELAKA TERUS DIPERKASA
RIM 29 Mac – Kira-kira 300 pelajar institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) daripada keluarga B40 di negeri ini menerima sumbangan kit makanan menerusi peruntukan khas yang disalurkan.
Timbalan Exco Pelaburan, Perindustrian dan Pembangunan TVET negeri Datuk Khaidhirah Abu Zahar berkata, inisiatif itu ia diharap dapat membantu meringankan beban pelajar khususnya daripada keluarga kurang berkemampuan.
“Sumbangan ini kesinambungan daripada sebahagian program kebajikan pada Ramadan lalu yang mana kita memilih seramai 11 orang orang daripada setiap institusi TVET untuk menerima bantuan ini.
“Sumbangan ini diharap bukan sahaha dapat membantu meringankan beban perbelanjaan harian pelajar tetapi memberi ruang kepada mereka supaya dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap pengajian,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim di Dewan Alamanda Jasin, semalam.
Sambutan diserikan dengan kehadiran Yang di-Pertua Negeri, Tun Seri Setia Dr. Mohd Ali Mohd Rustam bersama isteri Toh Puan Datuk Wira Dr. Asmah Abd Rahman.
Turut hadir, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Wira Ibrahim Durum dan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Wira Azhar Arshad.
Khaidhirah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Rim berkata, inisiatif itu secara tidak langsung Kerajaan Negeri bukan hanya memberi perhatian kepada aspek pembelajaran dan latihan kemahiran dalam bidang TVET, malah cakna terhadap kebajikan pelajar.
“Kerajaan Negeri akan terus berusaha sebaik mungkin dalam memastikan kebajikan pelajar TVET khususnya terjaga.
“Usaha ini selari dengan aspirasi Melaka Sayang Rakyat yang menekankan kesejahteraan rakyat termasuk golongan pelajar,” katanya.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.


