Sorting by

×

KEBAJIKAN RAKYAT BUKAN AGENDA BERMUSIM – AB RAUF

Masa Membaca:1 Minit, 6 Saat

TANJUNG BIDARA 14 Februari – Menjaga kebajikan seluruh rakyat tanpa mengira kaum atau latar belakang adalah satu amanah besar bagi Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh.

Ketua Menteri berkata, amanah ini adalah komitmen berterusan dan bukan agenda bermusim yang disalurkan pada waktu tertentu sahaja.

“Selagi mana saya diberi kepercayaan menjunjung amanah ini, insya-Allah saya tekad untuk pastikan tiada seorang pun warga Tanjung Bidara yang tercicir ataupun merasa terpinggir.

“Kita tidak hanya tunggu untuk Ramadan atau Aidilfitri, malah semua jenis perayaan Kerajaan Negeri turun padang bagi menyampaikan bantuan,” kata Ketua Menteri.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Bidara berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pengagihan Bantuan Ramadan Dan Syawal Serta Pengagihan Fidyah Kepada Asnaf Fakir Dan Miskin Bagi Tahun 2026 DUN Tanjung Bidara di Dewan Japerun Tanjung Bidara, di sini, hari ini.

Hadir Sama Pegawai Daerah Alor Gajah, Datuk Sabrina Thalas; Setiausaha Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Shaifulfazlee Mohamad; Pegawai Tugas-Tugas Khas MAIM, Datuk Wira Md Rawi Mahmud; Pengurus Baitulmal MAIM, Mohd Hairulamin Mohd Sis serta Yang Dipertua Majlis Perbandaran Alor Gajah Datuk TPr. Saifuddin Abdul Karim.

Ab Rauf berharap, inisiatif perkongsian rezeki dilaksanakan juga akan menjadi jambatan harapan dalam meringankan beban
kewangan golongan kurang berkemampuan, sekali gus menyuntik keyakinan bahawa warga Tanjung Bidara tidak pernah bersendirian.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

252
Kongsi :
Previous post RAIS BERJAYA TUNAI 8 AKU JANJI DEMI PAYA RUMPUT
Next post RUMAH PRR UNTUK B40 BAKAL DIBINA DI TAMAN PAYA EMAS