Sorting by

×

KEBUN SEJATI MADANI BERI MANFAAT KEPADA KOMUNITI

Masa Membaca:1 Minit, 14 Saat

REMBIA 23 September – Kawasan lapang di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Melaka, Kampus Alor Gajah dimanfaatkan dengan aktiviti pertanian menerusi penanaman cili padi dan terung, hasil inisiatif SejaTi MADANI.

Peserta Projek Agro MADANI Taman Seri Sutera, Intan Zahira Roslan berkata, inisiatif itu bukan sahaja memberikan manfaat kepada penduduk sebaliknya turut membantu pelakar UiTM berasal daripada keluarga B40 menjana pendapatan sampingan menerusi jualan hasil kebun yang diusahakan.

Katanya, setakat ini projek itu melibatkan 800 polibeg tanaman cili padi yang dimulakan sejak hujung April lalu dengan diuruskan 18 peserta mengikut jadual dan tugasan masing-masing.

“Peserta juga dihantar menjalani kursus tanaman cili dan terung, bagi memastikan aspek pengurusan kebun lebih lancar. Kerjasama pihak UiTM pula melibatkan penyediaan tapak tanaman, kemudahan berkaitan, bekalan air dan elektrik.

“Hasil kebun dipasarkan kepada pengusaha kafe di kampus ini, kakitangan dan penduduk sekitar UiTM. Kami ketika ini dalam perancangan untuk menambah jumlah polibeg, sekali gus meningkatkan lagi hasil tuaian pada masa akan datang,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Sementara itu penuntut Diploma Perakauan Afif Fareed Ahmad Khairuddin, 20, berkata, dia semakin minat terhadap aktiviti pertanian sejak aktif bersama Projek Agro MADANI Taman Seri Sutera.

“Bagi saya penglibatan dalam projek ini bukan sahaja untuk isi masa lapang dan jana tetai keseluruhan projek juga berkaitan dengan pemasaran yang juga antara aspek penting.

“Mungkin selepas tamat pengajian saya akan aktif dalam bidang pertanian kerana sudah ada pengalaman tetapi mungkin dalam skala kecil, namun semuanya bergantung kepada keadaan,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

554
Kongsi :
Previous post POLIS MOHON BANTUAN KESAN REMAJA PEREMPUAN
Next post MPJ TIDAK KETINGGALAN PROMOSI WTD, WTC 2025