
KEJOHANAN FUTSAL MEDAN DENGAR ASPIRASI BELIA GADEK
GADEK 10 Jun – Kejohanan Futsal Piala Datuk VP Shanmugam bukan sekadar sebuah acara sukan, bahkan menjadi medan dalam mendengar aspirasi belia Dewan Undangan Negeri (DUN) Gadek.
Exco Belia, Sukan dan NGO negeri, Datuk VP Shanmugam berkata, kejohanan itu mendapat sambutan hebat apabila menerima penyertaan 14 pasukan terdiri daripada golongan belia.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gadek memaklumkan, kejohanan itu dianjurkan oleh Pemuda MIC Melaka di Gelanggang Futsal Taman Sebang Gemilang, baru-baru ini.
“Kejohanan ini menjadi wadah buat golongan anak-anak muda di kawasan sekitar merapatkan hubungan menerusi aktiviti kesukanan.
“Menerusi kejohanan ini objektif utama adalah untuk memperkasakan peranan belia melalui medan sukan dan semangat kebersamaan,” katanya kepada Melaka Hari Ini.
Mengulas lanjut, Shanmugam berkata kejohanan seumpama itu bukan sekadar untuk melihat kemenangan namun ia tentang semangat juang serta semangat berpasukan.
Di akhir kejohanan menyaksikan pasukan Simpang Brother’s FC dinobat sebagai johan, diikuti tempat kedua milik GMB FT dan Gedong FC di tempat ketiga.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
KILANG KOPI DAN BISKUT HILANG STATUS HALAL, GUNA BERUS DISAHKAN BULU BABI
BANDARAYA MELAKA 1 April - Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) sebuah kilang kopi dan biskut di Melaka ditarik selepas penemuan...
IMAM DIUJI MASALAH SARAF DI KEPALA, MAIM HADIR HULUR BANTUAN
AYER MOLEK 1 April - Walaupun keadaan fizikalnya nampak sihat, namun siapa sangka seorang Imam 2 Masjid Al Abrar Kampung...
KEM SILAMBAM JANJI PERSEMBAHAN TERBAIK, SASAR DUA EMAS
AYER KEROH 1 April - Kejayaan meraih tiga gangsa pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 di Sarawak menjadi pembakar semangat...
PLATFORM E-DAGANG PACU PENINGKATAN USAHAWAN WANITA MUDA DI MELAKA
MELAKA 1 April - Perkembangan pesat platform e-dagang kini menjadi antara pemacu utama yang melonjakkan penglibatan wanita muda di Melaka...
APM MELAKA REKOD PENINGKATAN KES TANGKAPAN HAIWAN BERBISA
MELAKA 1 April - Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka merekodkan peningkatan tangkapan haiwan berbisa terutama ular kepada 1,800 kes...
JPNIN MELAKA TERIMA PERUNTUKAN KHUSUS RM1.2 JUTA DARIPADA KERAJAAN NEGERI
MELAKA 1 April - Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) Melaka menerima peruntukan khusus sebanyak RM1.2 juta daripada Kerajaan...
