Sorting by

×

KEM SILAMBAM JANJI PERSEMBAHAN TERBAIK, SASAR DUA EMAS

Masa Membaca:51 Saat

AYER KEROH 1 April – Kejayaan meraih tiga gangsa pada temasya Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 di Sarawak menjadi pembakar semangat buat kem silambam Melaka untuk memburu dua emas pada SUKMA 2026 Selangor Ogos depan.

Ketua Jurulatih Silambam Negeri Melaka, B Suresh berkata persediaan dilakukan seawal Disember lalu bagi memastikan setiap atlet berada pada tahap terbaik menjelang kejohanan dwitahunan tersebut.

Suresh berkata, sasaran meraih emas adalah berdasarkan kepada prestasi memberangsangkan di Sarawak selain Melaka mempunyai beberapa atlet diyakini mampu memberikan saingan sengit kepada lawan.

“Mengikut perancangan awal kita akan hantar 13 atau 14 wakil, latihan dilaksanakan secara intensif, namun tidak dilupakan suntikan motivasi dan penjagaan kebajikan supaya setiap atlet kekal fokus kepada sasaran untuk membawa pulang dua emas ke Melaka.

“Malah persatuan sendiri turut bekerjasama rapat dengan Majlis Sukan Negeri Melaka dalam aspek pembangunan atlet sebelum menghadapi temasya itu,” katanya kepada Melaka Hari Ini.

Menurutnya, kesungguhan dan komitmen tinggi ditunjukkan atlet sepanjang tempoh latihan memberi keyakinan bahawa sasaran tersebut mampu direalisasikan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

324
Kongsi :
Previous post PLATFORM E-DAGANG PACU PENINGKATAN USAHAWAN WANITA MUDA DI MELAKA
Next post IMAM DIUJI MASALAH SARAF DI KEPALA, MAIM HADIR HULUR BANTUAN