Sorting by

×

KEMATIAN KANAK-KANAK OKU MASIH DALAM SIASATAN, POLIS TUNGGU LAPORAN KIMIA

Masa Membaca:1 Minit, 16 Saat

KESIDANG, 26 Jun — Punca kematian kanak-kanak kanak-kanak perempuan orang kurang upaya (OKU) berusia sembilan tahun yang meninggal dunia dipercayai didera, 24 Jun lalu masih belum dapat dikenal pasti.

Ketua Polis Daerah Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, ia berikutan laporan penuh keputusan bedah siasat termasuk spesimen mangsa yang dihantar ke Jabatan Kimia untuk analisis lanjut masih belum diperolehi.

Bagaimanapun katanya, hasil pemeriksaan awal pegawai perubatan mendapati mangsa mengalami kecederaan lama termasuk patah kaki serta kesan lebam pada beberapa bahagian badan.

“Namun kecederaan itu tidak disahkan sebagai punca utama kematian,” katanya pada sidang media Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, siasatan menggunakan alat poligraf terhadap suspek mendapati hasilnya menunjukkan konsisten dan tiada unsur penipuan dalam keterangan yang diberikan.

“Suspek mengaku pernah memukul mangsa namun kali terakhir dilakukan dipercayai sebulan lalu.

“Barangan dipercayai terlibat dalam kejadian itu seperti bantal turut dirampas.

“Mangsa disahkan sebagai OKU fizikal, tidak pernah bersekolah dan bergantung sepenuhnya kepada penjaga.,” katanya.

Terdahulu media melaporkan dalam kejadian pada pagi 23 Jun lalu, polis menerima laporan daripada seorang pegawai perubatan di sebuah hospital swasta di Banda Hilir, memaklumkan kanak-kanak berkenaan ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas dihantar oleh bapa tirinya.

Kanak-kanak itu kemudian disahkan meninggal dunia kira-kira jam 9.45 pagi dan pemeriksaan awal mendapati mangsa mengalami beberapa kecederaan fizikal.

Susulan itu suami isteri berkenaan direman tujuh hari di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, 24 Jun bagi membantu siasatan.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

339
Kongsi :
Previous post LEBIH 6,000 LEPASAN SPM TOLAK TAWARAN KE IPT
Next post 12 TOKOH DIIKTIRAF SEMPENA MAAL HIJRAH DI MELAKA