Sorting by

×

KEMBARA MOTOSIKAL 60KM PROMOSI KARNIVAL MASJID TANAH: KAMPUNG KITA

Masa Membaca:56 Saat

TANJUNG BIDARA 18 Disember – Kira-kira 200 motosikal berkonvoi sejauh 60 kilometer (km) merentasi lima kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Parlimen Masjid Tanah bagi mempromosikan Karnival Masjid Tanah: Kampung Kita yang berlangsung bermula hari ini hingga Ahad.

Siri Konvoi Anak Muda Masjid Tanah itu diketuai Ketua Menteri Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh bermula dari Villa D’Acqua di bawah DUN Tanjung Bidara dengan diiringi kenderaan Jabatan Penerangan (JAPEN) bersama pasukan polis peronda.

Pekan Kuala Sungai Baru di bawah DUN Kuala Linggi menjadi destinasi pertama persinggahan konvoi tersebut.

Peserta kemudiannya bergerak menuju ke hentian berikutnya di Pekan Lubok China di bawah DUN Ayer Limau sebelum ke destinasi berikutnya di DUN Taboh Naning iaitu sekitar Simpang Ampat.

Konvoi disertai anak muda Masjid Tanah itu berakhir di Taman Rekreasi Bukit Beringin, Masjid Tanah.

Menerusi kembara itu, Ab Rauf bersama peserta turut mengagihkan risalah kepada penduduk setempat, peniaga dan pelancong di sepanjang destinasi persinggahan.

Karnival Masjid Tanah: Kampung Kita diadakan selama empat hari menawarkan pelbagai aktiviti menarik seperti pertandingan sukan, sukan rakyat, majlis ilmu, kenduri rakyat, majlis berkhatan serta pelbagai lagi.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

307
Kongsi :
Previous post UPNM BAWA LIMPAHAN MANFAAT UNTUK SK TELOK MAS, SMK TUN TIJAH
Next post MELAKA HARAP USAHA ANGKAT MPHTJ BERSTATUS BANDARAYA DIREALISASIKAN