
Kemenangan BN di Melaka jadi rujukan PRU15
MASJID TANAH 21 Nov – Kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka boleh diangkat sebagai model untuk dijadikan rujukan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Pengerusi BN negeri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh berkata formula dengan memberi ruang kepada 86 peratus muka baharu nyata membuahkan hasil apabila memenangi 21 daripada 28 kerusi yang dipertandingkan.
“Sewaktu membuat saringan dan kajian tentang keperluan memberikan ruang kepada muka baru dlm PRN Melaka semua pengiraan diambil kira untuk ambil pemimpin muda.
“Pihak ibu pejabat mengenal pasti diantara tokoh muda yang boleh diketengahkan dan akhirnya 86 peratus muka baru dikemukakan.
“Bukti rakyat memilih BN diterjemah semalam apabila 21 kerusi dimenangi dan formula ini mendapat sokongan rakyat Melaka,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di kediamannya hari ini.
Semalam, keputusan PRN menunjukkan mandat rakyat kembali kepada BN selepas parti itu berjaya menawan 21 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) daripada 28 kerusi yang ditandingi.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
JPJ MELAKA SITA 85 KENDERAAN MEWAH MENERUSI OPS LUXURY
MELAKA 29 Januari - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka menyita sebanyak 85 kenderaan mewah menerusi Ops Luxury yang dilaksanakan sejak...
POLIS MELAKA TUMPAS SINDIKET PENIPUAN PELABURAN PALSU DIDALANGI WARGA CHINA
MELAKA 29 Januari - Polis Melaka menumpaskan sindiket penipuan pelaburan palsu didalangi empat lelaki warga China hasil serbuan di sebuah...
LAKSANA JUALAN RAHMAH MADANI DI KEDAI RUNCIT KECIL
KESIDANG 29 Januari - Melaka mencadangkan pelaksanaan Jualan Rahmah MADANI diperluaskan ke kedai runcit kecil sebagai usaha memastikan lebih ramai...
KUMPUL SAHAM AKHIRAT, JUAL BARANGAN ‘PRELOVED’ BELANJA PELAJAR B40 MAKAN
JASIN 29 Januari - Tidak perlu menunggu tabungan sudah penuh atau memiliki wang menggunung baru tergerak untuk membantu golongan kurang...
KECEMERLANGAN MITC DIIKTIRAF 80 NEGARA
AYER KEROH 29 Januari - Kecemerlangan Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) sebagai lokasi penganjuran pelbagai acara besar termasuk bertaraf antarabangsa...
PUTRA SPECIALIST HOSPITAL MELAKA TERIMA PENGIKTARAFAN ANTARABANGSA
AYER KEROH 29 Januari - Pusat perubatan Putra Specialist Hospital Melaka mengukir kejayaan membanggakan apabila dianugerahkan The BrandLaureate The World’s...

