Sorting by

×

KENALI ‘AIDIL & ATIN’, KAMBING PALING POPULAR DI ZOO MELAKA

Masa Membaca:1 Minit, 14 Saat

AYER KEROH 7 Januari – Kambing pigmi comel yang dinamakan Aidil dan Atin menjadi tarikan utama Petting Zone @ Zoo Melaka apabila gelagat dua haiwan itu sering mencuri perhatian pengunjung, khususnya kanak-kanak.

Bahagian Jualan dan Pemasaran Zoo Melaka Ezuwan Mazelan berkata, keletah Aidil dan Atin yang agak manja serta menghiburkan menjadikan haiwan itu sentiasa didekati pengunjung, terutamanya dalam merasai pengalaman berharga berinteraksi dengan haiwan.

“Di Petting Zone @ Zoo Melaka, pengunjung boleh memegang dan memberi makan haiwan seperti arnab dan guinea pig secara dekat. Namun, Aidil dan Atin mencuri tumpuan kerana keletah mereka.

“Aidil merupakan kambing jantan yang berusia lima tahun dan dianggap sebagai ‘ketua’ di kawasan ini, manakala Atin kambing betina yang baru setahun jagung, terkenal dengan gelagatnya yang lincah.

“Aidil menawan hati ramai kerana wajahnya yang kacak dan janggutnya yang unik, sementara Atin pula aktif melompat-lompat untuk mendapatkan makanan daripada pengunjung,” ketika kepada Melaka Hari Ini di Zoo Melaka, di sini, hari ini.

6264705277693201494
ATIN, kambing pigmi betina yang terkenal dengan kelincahannya. Foto Afiq Mustaffa

Menurut Ezuwan kedua-dua kambing pigmi itu telah dilatih sejak kecil untuk lebih mesra dengan pengunjung dan menjadi sebahagian daripada pengalaman interaktif di Petting Zone.

“Kita turut menyediakan kawasan untuk memberi makan haiwan dengan bayaran tambahan RM5 sahaja kepada pengunjung.

“Kehadiran Aidil dan Atin bukan sahaja menghiburkan pengunjung tetapi juga memberi peluang kepada kanak-kanak belajar tentang haiwan secara lebih dekat dan selamat,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

600
Kongsi :
Previous post REMAJA LELAKI DITEMUKAN TIDAK SEDAR DIRI DI BILIK AIR
Next post BEKAS PANGLIMA TENTERA DARAT, DUA ISTERI DITAHAN SPRM