
KENDERAAN BERAT DILARANG MASUK BANDAR MELAKA SELAMA 4 HARI
BANDARAYA MELAKA 17 Februari – Semua kenderaan berat dilarang memasuki kawasan Bandar Melaka selama empat hari bersempena cuti perayaan Tahun Baharu Cina dan Awal Ramadan tahun ini.
Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan negeri Datuk Hameed Mytheen Kunju Basheer berkata, larangan itu berkuatkuasa 14 dan 15 Februari iaitu dua hari sebelum perayaan dan pada 21 dan 22 Februari.
“Sepanjang empat hari ini, kenderaan berat tidak dibenarkan masuk ke akwasan bandar, kecuali sekiranya mendapat kebenaran khas,” katanya ketika bersiaran secara langsung dalam segmen Kokenut Shake Dulu di MelakaFM bagi membicarakan mengenai aliran trafik di Melaka sempena Tahun Baharu Cina.
Selain itu, Hameed berkata, kerja-kerja pengorekan atau selenggara jalan juga diarah dihentikan pada tempoh sama bagi memastikan aliran trafik lancar sepanjang tempoh seminggu ini.
Bagaimanapun, beliau berkata, kebenaran khas akan diberikan bagi kes-kes kecemasan seperti paip pecah memandangkan bekalan air amat penting untuk rakyat sepanjang perayaan ini.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MASJID BAHARU CHENG PERDANA AKHIRI PENANTIAN 20 TAHUN
PAYA RUMPUT 17 Februari - Selama 20 tahun, penduduk di kawasan Cheng menantikan terbinanya sebuah masjid baharu dan akhirnya impian...
KLEBANG LOKASI RUMAH TERBUKA TAHUN BAHARU CINA 2026
MACHAP JAYA 17 Februari - Persembahan tradisional bertemakan tahun kuda bakal menjadi tarikan pada sambutan Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina...
2026 TAHUN PERKASA KAMPUNG DIGITAL MELAKA
SERI NEGERI 17 Februari - Inisiatif Kampung Digital Melaka bakal terus diperkasakan tahun ini bagi memastikan pelaksanaannya membawa impak menyeluruh...
PASTIKAN TIADA RAKYAT ‘IKAT PERUT’
PAYA RUMPUT 17 Februari - Menjaga kebajikan lebih 91,000 orang penduduk bermula daripada bayi yang masih dalam buaian hinggalah ke...
BAZAR IKONIK BANDA HILIR ‘MELETUP’ LEBIH AWAL
BANDA HILIR 17 Februari - Meskipun belum tiba Ramadan, namun Bazar Ikonik Banda Hilir sudah mula mendapat tempias apabila menerima...
‘PAYA RUMPUT RUMAH KITA’, SLOGAN KERAMAT SATUKAN 91,000 RAKYAT
PAYA RUMPUT 17 Februari - 'Demi Paya Rumput' dan 'Paya Rumput Kampung Kita' bukan slogan biasa, tetapi kata keramat sarat...
