
Kenyataan rasmi Lembaga Pengampunan dijangka minggu ini
“Itu nanti kita tunggu kenyataan (Lembaga Pengampunan)… insya-Allah minggu ini kita harapkan,” katanya.
Beliau yang juga antara anggota Lembaga Pengampunan berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian Hari Wilayah Persekutuan dan Hari Terbuka Putrajaya 2024 di sini hari ini, sebagai mengulas status Najib berhubung isu berkenaan.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil semalam dilaporkan berkata isu pengampunan Najib turut dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet pada Rabu namun mengingatkan pengamal media tempatan dan luar negara untuk menunggu kenyataan rasmi Lembaga Pengampunan sebelum membuat laporan mengenainya.
Media antarabangsa Channel NewsAsia (CNA) dalam laporannya mendakwa Najib telah diberikan pengurangan hukuman daripada 12 kepada enam tahun.
Media itu yang memetik sumber termasuk pegawai kanan kerajaan, melaporkan pengurangan hukuman penjara terhadap Najib atas kasalahan rasuah dibuat Lembaga Pengampunan itu dalam mesyuarat pada Isnin lepas.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related

Berita Lain
SENARAI RUMAH TERBUKA AIDILFITRI 2026 NEGERI MELAKA
BERIKUT disertakan senarai Rumah Terbuka Aidilfitri Negeri Melaka bagi tahun 2026. Ketetapan tarikh, masa dan lokasi bagaimanapun tertakluk kepada perubahan:...
JUALAN PRIHATIN DUN PAYA RUMPUT DISERBU, TAWAR AYAM RM7 DAN DAGING RM25
PAYA RUMPUT 18 Mac - Jualan Prihatin Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Rumput menerima sambutan luar biasa apabila orang ramai...
OPS HRA 2026: JPJ MELAKA AMBIL TINDAKAN TERHADAP 430 KENDERAAN, ENAM DISITA
MELAKA, 18 Mac - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Melaka mengambil tindakan terhadap 430 kenderaan selain menyita enam yang lain dalam...
HUFFAZ TAPI HEBAT MENYELAM, PULAU BESAR KINI ‘KILANG’ TAHFIZ TVET
AYER MOLEK 18 Mac - Maahad Tahfiz Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) pertama negara yang memperkenalkan persijilan kursus...
DUGAAN MENJELANG SYAWAL, 50 RUMAH DI BUKIT RAMBAI ROSAK DIBADAI RIBUT
MELAKA, 18 Mac - Sambutan Aidilfitri sebahagian penduduk di Bukit Rambai di sini suram selepas rumah mereka mengalami kerosakan akibat...
MAIM RINGANKAN BEBAN MANGSA RIBUT KAMPUNG PULAU SAMAK
KESIDANG 18 Mac - Dugaan Ramadan. Itu situasi menggambarkan nasib 11 keluarga di Kampung Pulau Samak, di sini, apabila diuji...

