
Kes COVID, ILI meningkat: KPM ada pelan kontingensi buat pelajar
Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata bagaimanapun KPM perlu mengadakan perbincangan terlebih dahulu dan mendapatkan nasihat daripada Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum membuat sebarang keputusan.
āApa yang paling penting setiap protokol yang ditetapkan KKM perlu dipatuhi, KPMĀ akanĀ berbincang dengan KKMĀ dan melihatĀ pendekatan yang perlu dilaksanakan (untuk mengekang wabak berkenaan).
āKita memang sentiasa melakukan perbincangan untuk memastikan walaupun keadaan COVID-19Ā dan dan influenzaĀ yang sedikit meningkat, kita masih boleh meneruskan persekolahan dengan selamat dan teratur,ā katanya kepada pemberitaĀ selepas melancarkan Liga Tunas Malaysia di Stadium Mini Taman Pancarona, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian apabila ditanya usaha KPM bagi memastikan kes COVID-19 dan influenza tidak menular dalamĀ kalangan pelajar yang hadir ke sekolah untuk sesi pengajaran dan pembelajaran bersemuka.
Semalam,Ā Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan kes COVID-19 bagiĀ Minggu Epidemiologi ke-28 (ME 28/2022) dari 10-16 JulaiĀ meningkat sebanyak 23.4 peratus manakala kes ILIĀ dan Severe Acute Respiratory Infection COVID-19Ā meningkat 8.5 peratus.
Sementara ituĀ mengulas mengenai Liga Tunas yang dianjurkan dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Radzi memaklumkan ia merupakan medan untuk mencungkil bakat baharu dalam kalangan pelajar sekolah.
Beliau berkata liga yang julung kali diadakan itu juga boleh dijadikan sebagai platform untuk melahirkan pelapis bagi skuad bola sepak kebangsaan termasuk pasukan Harimau Malaya.
āProgram yang julung kali iniĀ diadakanĀ dalam konteks pertandingan bola sepak di peringkat sekolah seluruh negara, denganĀ lapan pasukan terbaik dari setiapĀ daerah akan menyertai pertandingan ini dan kita akan langsungkan sehingga peringkat kebangsaan.
Terdahulu program berkenaanĀ dilancarkan oleh Radzi bersama Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Faizal Azumu.
— BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.