Sorting by

×

KES DENGGI DI MELAKA TURUN 63 PERATUS

Masa Membaca:52 Saat

TELOK MAS 3 April – Kes demam denggi dilaporkan di Melaka setakat 2 April lalu menunjukkan penurunan ketara dengan mencatatkan cuma 128 kes atau 63 peratus berbanding tempoh sama 2025.

Exco Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan negeri Datuk Ngwe Hee Sem berkata, bagi tempoh empat bulan pertama 2026 Melaka tidak mencatatkan sebarang kematian akibat denggi berbanding tiga korban pada tahun lalu.

“Perkembangan positif ini adalah hasil pemantauan berterusan semua pihak yang berkenaan serta kawalan yang dipertingkatkan di kawasan berisiko.

“Setakat ini juga tiada wabak dilaporkan, malah sudah lebih sebulan Melaka bebas daripada sebarang wabak denggi,” katanya pada sidang media selepas mengadakan lawatan di Wellness Hub Melaka Tengah di Kampung Alai, di sini, hari ini.

Hadir sama Pegawai Kesihatan Daerah Melaka Tengah, Dr. Mohd Ridzuan Januddin.

Hee Sem berkata, faktor cuaca panas ketika ini turut menyumbang kepada ketiadaan wabak selain usaha berterusan pihak kesihatan yang kerap menjalankan pemantauan di kawasan berisiko tinggi.

“Langkah proaktif ini membantu memastikan situasi denggi di negeri ini terus terkawal,” katanya.

Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.

Views:

364
Kongsi :
Previous post PEMBANGUNAN LOJI WTE BERPOTENSI LONJAK NILAI HARTANAH DI SUNGAI UDANG
Next post ‘DUA BERITA GEMBIRA SERENTAK’