
KES PUKUL: LAPAN PELAJAR KV DI MELAKA DIGANTUNG SEKOLAH
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Hal Ehwal Agama negeri Datuk Rahmad Mariman berkata tindakan lanjut juga akan dijalankan oleh Bahagian Pendidikan dan Latihan Teknikal Vokasional (BPLTV) Kementerian Pendidikan (KPM).
Beliau berkata kesemua pelajar berkenaan direman pihak polis susulan laporan dibuat bapa mangsa.
“Siasatan awal mendapati punca lapan pelajar berkenaan memukul mangsa adalah disebabkan rasa tidak puas hati berkaitan memotong barisan ketika waktu makan.
“Kes akan dikendalikan BPLTV KPM manakala Jabatan Pendidikan negeri hanya membimbing dari segi prosedur tindakan. Tiada dalam kalangan pelajar terbabit dibuang sekolah,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Rahmad berkata ada dalam kalangan pelajar itu memohon untuk bertukar sekolah, namun kelulusan bergantung pada BPLTV KPM. – BERNAMA
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
MeSRa: PARAKOM BUKTI KESELAMATAN RAKYAT JADI KEUTAMAAN
BANDA HILIR 27 Mac - Paramedik Komuniti (PARAKOM) ditubuhkan sejak tiga tahun lalu menjadi antara bukti jelas pelaksanaan gagasan Melaka...
JAMUAN AIDILFITRI DUN DUYONG KONSEP ‘BERSILA’ DI PADANG
AYER KEROH 27 Mac - Jamuan Aidilfitri Melaka Sayang Rakyat bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Duyong berkonsepkan 'bersila' di padang...
KUOTA BUDI95 DISELARASKAN SEMENTARA KEPADA 200 LITER SEBULAN MULAI 1 APRIL INI
KUALA LUMPUR, 26 Mac - Kerajaan akan melaksanakan penyelarasan kelayakan Program Budi MADANI RON95 (BUDI95) daripada 300 liter sebulan kepada...
JAMUAN RAYA DUN RIM DIJANGKA TERIMA LEBIH 5,000 TETAMU
AYER KEROH 26 Mac – Penganjuran Jamuan Aidilfitri Melaka Sayang Rakyat Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim kali ini tampil dengan...
BAS, VAN PERANTARA MUDAHKAN PENGUNJUNG KE RUMAH TERBUKA AIDILFITRI MELAKA SAYANG RAKYAT
AYER KEROH 26 Mac - Sebanyak tiga bas dan dua van perantara disediakan Kerajaan Negeri bagi memudahkan orang ramai dan...
PARAS EMPANGAN UTAMA MELAKA MEROSOT, RAKYAT DISARAN JIMAT AIR
AYER LIMAU 26 Mac - Paras air di semua empangan utama di negeri ini direkodkan merosot sehingga 25 peratus berikutan...
