
KETUA MENTERI RAIKAN PEMENANG CABUTAN BSN SSP
LENDU 30 Oktober – Ketua Menteri Datuk Sri Utama Ab Rauf Yusoh meluangkan masa untuk hadir menyampaikan hadiah kepada pemenang Cabutan Negeri Bulan September, Bank Simpanan Nasional Sijil Simpanan Premium (BSN SSP) 2025 di BSN Cawangan Masjid Tanah, hari ini.
Pada majlis berkenaan Ketua Menteri menyampaikan hadiah kepada K Karunanithy dari Taman Sri Aman, Masjid Tanah yang memandu pulang sebuah Perodua Myvi 1.5.
“Tahniah kepada K Karunanithy yang memenangi sebuah Perodua Myvi 1.5. Sebenarnya institusi kewangan turut memainkan peranan penting dalam melaksanakan program yang memberikan impak sosial kepada rakyat Melaka.
“Kerajaan Negeri amat menghargai peranan institusi kewangan seperti BSN kerana inisiatif dilaksanakan turut membantu komuniti meningkatkan taraf ekonomi serta memupuk budaya menabung dalam kalangan rakyat,” kata Ketua Menteri.
Terdahulu Ketua Menteri turut menyempurnakan Majlis Simbolik Perasmian Mini Karnival BSN SSP di BSN Cawangan Masjid Tanah.
Ketibaan Ketua Menteri disambut Pemangku Pengarah Negeri BSN Melaka Nur Shafinaz Iqbal Mohamed, Pengurus Wilayah BSN Negeri Melaka, Shahril Mohd Shariff dan Ketua Jabatan Pengurusan Cawangan BSN, Noreidayu Harun.
Langgani saluran Telegram kami untuk dapatkan berita-berita yang terkini.
Views:
Related


Berita Lain
‘GENG HARRAZ’ AKTIF CURI KENDERAAN, PECAH RUMAH DI MELAKA TUMPAS
AYER KEROH 25 Mac - Polis Melaka berjaya menumpaskan kumpulan dikenali sebagai 'Geng Harraz' yang aktif melakukan kecurian kenderaan, pecah...
POLIS MELAKA DAPAT NAIK MELAKA RIVER CRUISE PERCUMA
BANDARAYA MELAKA 25 Mac - Seluruh anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) Negeri Melaka berpeluang menikmati keindahan Sungai Melaka menerusi produk...
HOSPITAL MELAKA CARI WARIS PESAKIT LELAKI TIADA IDENTITI DIRAWAT DI ICU
PENGKALAN BATU 25 Mac - Hospital Melaka memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan waris pesakit lelaki tanpa identiti yang kini...
CUACA PANAS DIJANGKA BERTERUSAN HINGGA JUN – METMALAYSIA
KUALA LUMPUR, 25 Mac - Fenomena cuaca panas yang sedang melanda negara ketika ini dijangka berterusan hingga awal Monsun Barat...
AIDILFITRI: 77 ‘HOTSPOT’ SAMPAH DI MELAKA DIPANTAU
KLEBANG 25 Mac - Sebanyak 77 lokasi hotspot tong sampah berpusat di negeri ini akan diberi perhatian khusus oleh SWM...
PERTANDINGAN TIKTOK MERIAHKAN RAYA DI MASJID TANAH
AYER LIMAU 25 Mac - Pertandingan TikTok Sempena Hari Raya Aidilfitri 2026 di Masjid Tanah memberi peluang kepada penduduk setempat...
